Entri sebegini sebenarnya telah ramai bloggers lain telah ceritakan. Sengaja di muat naikkan sebagai diari ingatan. Mungkin masih ramai yang tidak tahu asal usulnya mahupun kaitannya. Apapun ianya ada berkait dengan kehidupan seharian.
Batuk pula adalah penyakit, kini mungkin ada yang baru menyedari mengapa ianya selalu disebut.Sudah tiada lagi, amalan membasuh kaki mengunakan batok sebelum masuk ke rumah. Apa yang ada hanyalah jirusan getah paip.. ( itu pun kalau basuh kaki... huuhu)
p/s: buat kerja asal siap...ibarat melepaskan batok di tepi tangga.. akan tetapi siapkah ??? =P
Batok sebenarnya merupakan gayung yang diperbuat daripada tempurung, digunakan untuk menceduk air dari tempayan. Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki. Maka orang dahulu kala menyebut peribahasa tersebut,demikian kerana kerap kali perbuatan meletakkan batok ke tempat asalnya tidak dilakukan dengan baik/bersungguh sering kali dicampakkan sahaja dan tidak menyangkutnya semula.Melepaskan batok di tepi tangga bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
Batuk pula adalah penyakit, kini mungkin ada yang baru menyedari mengapa ianya selalu disebut.Sudah tiada lagi, amalan membasuh kaki mengunakan batok sebelum masuk ke rumah. Apa yang ada hanyalah jirusan getah paip.. ( itu pun kalau basuh kaki... huuhu)
p/s: buat kerja asal siap...ibarat melepaskan batok di tepi tangga.. akan tetapi siapkah ??? =P
4 comments:
alahai...lepas la batuk kt tepi tingkap ker...kat dalam kete ker?..kt dapur ker?..xde tempat lain ker?ahahaha
gila ramai org suka lepaskn batuk di tangga~~keje main2
x bsuh pun ~
siap. keje saye sume siap. contohilah saye. hahaa.
Post a Comment