rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Design Competition 2011: You Design, Peugeot Builds!

Nasim Sdn Bhd, anak syarikat  NAZA mengumumkan Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2011, yang bermatlamat mempromosikan dan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif di dalam rekaan automotif "automotive design". Pertandingan ini akan di selarikan dengan artikel bersiri majalah Cars, Bikes & Trucks (CBT) untuk memberikan pembaca pemahaman mendalam mengenai "automotive design". Selain membantu mengasah bakat yang diperlukan, ianya juga mempromosikan kesedaran mengenai jenama Peugeot di kalangan pelajar sekolah dan universiti.
Tema Pertandingan : Peserta dikehendaki menghantar rekaankenderaan Peugeot yang sesuai dengan pasaran Asia Tenggara pada tahun 2018. Kategori Rekaan kenderaan adalah bebas untuk semua jenis segmen kenderaan penumpang.

  • Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan universiti di Malaysia.
  • Pelajar Universiti/kolej diperlukan membentuk 3 orang dalam 1 kumpulan termasuk seorang  Pensyarah/ Professor / Tutor.Setiap satu pasukan dikira sebagai satu penyertaan.
  • Pelajar Sekolah boleh menyertai secara individu atau berkumpulan ( maksimum 2).
  • Tarikh Tutup sebelum 21hb Ogos 2011.
  • Penyertaan dikehendaki menghantar ilustrasi di atas " A3/A2 mounting board" termasuk lukisan perspektif dan pakej drawing (elevation drawing & termasuk rekaan dalaman) serta diskripsi penerangan mengenai rekaan dalam bahasa inggeris.
  • Dinilai dari segi relevan dengan tema, kosep yang asli, nilai dan kualiti rekaan dan potensi penambah baikan.
  • Pemenang akan diumumkan 1 November 2011.
  • 100 yang terpilih akan mendapat hadiah saguh hati dan 10 yang terbaik akan dipilih untuk menghasilkan 1/4 skala model, untuk dipilih sebagai pemenang.
Untuk memuat turun borang penyertaan dan maklumat lanjut  >>  Cars,Bikes & Trucks <<



2 comments:

Encik Amman said... Reply To This Comment

alahh~~..saye dah tak sekolah dah..nak jadi student encik ayyam boleh ke? huuu

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

naseb baik tak pandai lukis keta~~wuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...