rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Satria Baja Hitam / Kamen Rider idola 80-90an

Kamen Rider mahupun Masked Rider adalah drama aksi bersiri Jepun yang di karang oleh mangaka Jepun, Shotaro Ishinomori. Bermula dengan siri televisyen pada 3 April 1971 sehingga 10 Febuari 1973. Kisah asalnya mengisahkan sebuah organisasi misteri, Shocker yang merancang menakluk dunia. Shocker merekrut anggotanya melalui penculikan dan menjadikan mereka sebagai makhluk mutasi. Bagaimanapun seorang daripada mangsa terlepas dari proses pembasuhan ingatan untuk menjadi makhluk mutasi yang jahat. Dengan sifat2 tanggungjawab yang ada, Hongo menentang Shocker dengan menjadi makhluk belalang.

Gerakan yang Menjadi ikutan kanak-kanak zaman 90an.

Tidak banyak bezanya dengan cerita asal, Suria Perkasa Hitam mahupun Belalang Tempur (nama Motor) adalah antara nama yang didengar sewaktu ketika dahulu. Juga disebut Satria Baja Hitam atau Kamen Rider Black, versinya pula adalah mengenai Gorgom organisasi gelap yang mengambil Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko untuk dimutasikan setelah membunuh kedua ibu bapa Kotaro. Oleh itu mereka perlu memadamkan memori ingatan untuk menjadikan mereka cyborg. Ayah Nobuhiko adalah saintis di organisasi tersebut, maka dia tidak mahu memadamkan ingatan Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko.
Kotaro berjaya melepaskan diri dan meninggalkan Nobuhiko serta ayah angkatnya dan berazam kembali menyelamatkan mereka. Menggunakan nama Satria Perkasa Baja Hitam, dia memiliki 3 gerakan membunuh iaitu Tendangan Padu Maut, Tumbukan Padu Maut dan Pukulan Padu Maut untuk menentang raksaksa GorGom.  Yang mana akhirnya Kotaro menentang saudaranya yang telah berubah menjadi Satria Bayang (Shadow Moon). - revision dari sini > . < (cite ni la paling hebat zaman awal 90an dahulu selain ultraman dan gaban serta flashman... uhhu).

Revolusi Kamen Rider.

Filem tahun 1987 - Satria Baja Hitam/ Suria Perkasa Hitam The Movie



7 comments:

ASaDa RyutaRo said... Reply To This Comment

zaman tengok cerita ni dulu mana faham jalan cerita, main tengok aksi lawan2 je. hahaha..

Encik Amman said... Reply To This Comment

kamen rider dulu2 tetap di hati gua der... memang terbaik. best lagi dulu dari yg sekarang ni.. klasik. dan2 terus download haha

Liyana Zahim said... Reply To This Comment

Ni zmn isap ingus gune tuala gud mornin ni.. Ahaks..

hawiz said... Reply To This Comment

xminat kamen rider..minat robocop jer..hihi

Rose Johari said... Reply To This Comment

mmg best Satria Baja Hitam...suka tgk dulu..masih byk kaset dia kat sini..hehehe..tapi ayampenyek..x dpt download pon :(

APAN said... Reply To This Comment

baja hitam ke baju hitam? konfius...
time zaman aku kecik2 x bpe nak layan citer ni. lbih kpda power rangers time tu. huhu...

Belalang Hijau said... Reply To This Comment

kalau korang nak tau kamen rider black dan berhijrah ke malaysia...dia dah tukar nama guna BELALANG HIJAU PERISIK...x caya tgk pic profile tu :-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...