rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Google Wallet - Dompet Maya

Apa itu Google Wallet? Bagaimana ianya berfungsi? Adakah ianya selamat? Apakah kelebihan menggunakannya? Dimanakah ianya boleh digunakan? Google wallet dengan kata lain adalah telefonku dompetku atau telefonku bayarkan semuanya. Daripada sistem pertukaran bata, kita menggunakan syiling kemudian beralih kepada kertas dan mula membayar dengan kad plastik (card credit/ debit card). Dilancarkan pada 26hb Mei 2011. Pembayaran kini boleh dilakukan dengan telefon bimbit sebagai dompet dalam talian. Google Wallet menggunakan aplikasi Android, penggunaannya hanya tap/lalukan sahaja pada skrin pengesan (Touch n Go).

Hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Nexus S 4g dari Google dan dalam perancangan untuk diintegrasikan kepada telefon pintar yang lain. Keselamatannya memerlukan pengguna menetapkan no pin di telefon bimbit. Sama penggunaaan kad bank, walaupun ianya memiliki sistem keselamatan. Seandainya telefon anda hilang, anda masih perlu melaporkan kepada pihak bank untuk membuat pembatalan. Google Wallet buat masa ini,boleh digunakan di US sahaja. Menariknya pengguna akan diberi beberapa tawaran diskaun perbelanjaan serta kutipan mata, tebus dan ganjaran untuk kesetiaan sama seperti Bonuslink dan Real Rewards. Baru sahaja dilancarkan perkhabarannya Google Wallet (GW) kini disaman PayPal kerana datanya digunakan oleh bekas pekerja Paypal untuk merealisasikan penggunaan GW.-Siapakah orang tersebut? Osama Bedier. Sumber: Google

p/s: telefon pun dah jadi dompet.. kalu nk mencuri kene celik i.T lepas2 ni.. ^_^ (amaran mencuri adalah berdosa..boleh dihukum potong tangan...)



6 comments:

iem said... Reply To This Comment

senang dah sekarng...
bawak henpon je g mana2..
wallet pun dah xlaku...

Liyana Zahim said... Reply To This Comment

Jom pindah amerika!

Santan Berlada said... Reply To This Comment

menarik...
bile la nak dtg kat malaysia...^^

Liyana Zahim said... Reply To This Comment

Dan sy ingin mberitahu d sni.. Komen di ats adlh utk entry di bawah.. Eh, tmpt2 kt ats cam kat wonderland.. Ok, sy malu! Pg dlu.. Mekaseh!

rj Etika said... Reply To This Comment

macam tak best je......
tak boleh la letak gambar pasport bf dalam purse. hahahah~

padlie said... Reply To This Comment

wah, kena beli telepon Nexus la...
nak beli kat kedai runcit still takleh.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...