rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

5 Rekaan Hebat Leonardo Da Vinci

Leonardo da Vinci  adalah seorang pencipta dan genius dari Itali dalam pelbagai displin kajian. Hidup sekitar 1452 -1519. Sebahagian daripada rekaannya berteraskan kajian moden yang mana penyelidik dan jurutera  masih tersekat memikirkannya. Sementara sebahagian telah member kita beberapa penemuan yang menarik.


1.Payung Terjun
Da Vinci selalu terpesona dengan penerbangan manusia . Berbentuk seperti pyramid dan kain dihamparkan hasil dari konsep hebat seorang pereka cipta. Payung terjun akan memberikan orang kesempatan mengelunsur di langit. Sebagai alat yang membantu sesiapa pun dari titik yang tinggi dan mendarat ke tanah dalam kecederaan sifar.

2. Machine Gun
Tidak ramai yang tahu da Vinci mencipta konsep senjata moden Machine Gun. Pakar percaya bahawa dunia tidak beruntung dengan penemuan penciptaan alatan perang ini. Senjata dilengkapi 33 laras yang mampu melepaskan puluhan tembakan cepat dengan mudah menembak mati  sesiapa yang berhampiran dengannya.


3. Kereta Kebal
Adalah sebagai senjata terulung da Vinci. Dibina dengan 36 senjatamenonjol pada sisi dan termasuk gear bergerigi dan roda besi serta memerlukan 8 tenaga berotot. Manusia akan dilindungi seperti cengkerang kura-kura dan akan menghampiri musuh pada kelajuan berjalan dengan senjata menyerang dari semua sudut dan kadangkala boleh membuatkan tentera tidak dapat dilihat.

4. Lukisan
Leonardo da Vinci membuat beberapa karya yang dikenali di dunia seni lukis. Seperti La Gioconda umumnya dikenali sebagai Mona Lisa, Virgin of the Rocks, Leda, St John the Baptist, Last Supper, Adoration of the Magi dan Baptism of Christ. Hasil karyanya menunjukkan seorang seniman yang dihormati yang membenarkan renungan ke dalam jiwa sendiri dan membuat karya sendiri, tidak seperti seniman lain di zamannya dan zaman moden.

5. Vitruvian Man
Salah satu gambar paling terkenal dari da Vinci yang dibuat dalam 1487. Menunjukkan susuk tubuh kaki seorang manusia dan lengan berasingan serta ditulis dalam segi bersamaan di dalam lingkaran. Hal ini dilihat sebagai menunjukkan hubungan antara proporsi manusia dan ketepatan geometri. Hal ini disebut sebagai Proposi Manusia. Dia menggunakan dakwat dan pen diaplikasikan di atas kertas dan diyakini sumbangannya dengan lebih dikenali  sebagai arkitek yang bernama Vitruvius oleh da Vinci.



1 comments:

peep said... Reply To This Comment

la ingatkan mamat ni pandai melukis je.. hahah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...