rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Bagaimana Bermulanya Animasi Malaysia?


Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai 
Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).
Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang(Usop Sontorian).
Setelah itu lahirlah lagi beberapa animasi seperti Anak-anak Sidek, Keluang Man, Sang Wira, Yokies, Fruties, Kacang, Putih, Budak Lapok dan filem animasi 3D cgi pertama lahir 2009 Geng:Pengembaraan Bermula filem populariti daru Upin & Ipin.
Inilah hiburan kami yang memberi pengajaran pada sewaktu ketika dahulu dan memberi inspirasi menjadi seorang pereka / designer / animator / pelukis....Biar pun nampak lekeh. sekurang-kurangnya inilah pemangkinnya.. =)
Animasi terawal Negara










P/s: dulu mak marah beli komik/majalh kartun.. kalau nak beli kena baca surat khabar baru boleh baca.. =) Alhamdulillah jadi orangnya..



5 comments:

Teratak pena said... Reply To This Comment

teringat kartun ni dulu... masa tu saya sekolah rendah lagi

pendekar laut said... Reply To This Comment

kluang man!!!

Nana Farhana said... Reply To This Comment

saya tak suka animasi tp saya suka imaginasi..hihihihi

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

suka citer gagak yg bijak..leh kata spi skrg dok igt lagi citer tuh..

ni lah hasilnya ajaran hassan muthalib..huhu

amranaiman said... Reply To This Comment

hassan mutalib org kuat filem animasi msia.. konvo sama dengan dia...haha. pensyarah di fakulti TEKA uitm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...