" Kau putus!! Esok jumpa kekasih, Amy minta putus!!" bentak ibunya. Amy ditengking ibunya.Hilmi lelaki baik yang terlalu banyak kurang. Dia bukanlah sesiapa. Keluarganya baik-baik,akan tetapi dia bukanlah pemilik restoran Ayam Penyet mahupun doktor atau majistret. Jika ada yang menyangka dia ahli muzik, tidak sama sekali.Hilmi tidak memiliki apa-apa,dia bukanlah penganggur.Tidak cukup tingginya bukan kerana masalah ketinggian yang menjadi halangan. Tidak cukup panjang akalnya, bukan kerana dia terencat.
Amy menangis teresak-esak. Apa salahnya sehingga ibu tidak merestui. Kekasihnya itulah yang memberinya perasaan berbunga. "Kau belum layak nak bercinta !!!" kata-kata ibunya masih terngiang. Adakah perlu sijil untuk bercinta atau memiliki kereta, baru boleh memiliki rasa suka? Pagi tadi ibu kelihatan seperti biasa. Ibu bergaduh dengan keluarga Hilmikah? Persoalan bermain dimindanya. Amy kini terasa seperti dialah watak utama pelakon filem hindustan, mungkin benar apa yang dipapar di filem dan drama televisyen. Cinta biasanya dihalang oleh restu keluarga." Tapi perlu ke asal nak becinta jer kena ikut cerita hindustan?" bertanya lagi Amy dalam hatinya..
Semuanya berakhir walaupun ianya baru bermula. Ketika Amy keluar, dikala itulah si ibunya membuat pemeriksaan. Tindak tanduknya mencurigakan. Kata-kata cinta di helaian kertas menyentapkan hati seorang ibu. Amy baru setahun jagung , hingus si Amy masih disapukan ibu. Hilmi belum memiliki pendidikan yang cukup sempurna. Mereka terlalu muda untuk perasaan ini. Namun ibunya boleh menarik sedikit nafas lega kerana itulah tindak balas normal kaum berlainan jantina yang tertarik dengan hubungan berlawanan jenis. Cuma mereka hanyalah kanak-kanak 8 tahun yang baru mengenal apa itu Cinta Monyet.
P/s: cerita kisah benar.. cuma nama bukan nama sebenar.. budak2 sekarang dah pandai nak bercinta.. hati2 mak bapak semua.. huhuuu...
5 comments:
amboi. kecik2 dah becinte si amy ni.. ish3
dasat la dak2 sekarang nie.. ade yang tadika pun dah pandai bercinta... hehehe..
dasyat la budak2 zaman sekarang nie.. ade yang tadika pun dah pandai bercinta... hehehe...
haha. baru 8 tahun. patut la maknye bising kemain lg. haha
amboiii baru dajah 2. advance sungguh budak2 zaman skng. ish3 :ragu
Post a Comment