rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Bila Kebingungan Kemarahan - Insyallah Ada Jalannya

Pesanan buat diri sendiri dan semua..

Si peniaga runsing memikirkan keuntungan kedainya.. Guru kadangkala gusar memikirkan pelajarnya demi memastikan pemahaman dan kejayaan. Si ibu dan ayah luluh jiwanya mengenangkan melihat sang anak yang entah ke mana. Pekerja firma swasta tertekan dengan timbunan kerja yang kesudahan.. Pelajar universiti, bersengkang mata dalam menyelesaikan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah, dikala menemui kebuntuan untuk menyelesaikan kerja kursusnya.. Akibat tekanan itu ada sahaja manusia yang ingin dipersalahkan. Si peniaga menyalahkan si pembekal dan pembekal menyalahkan kenaikan bahan mentah. Si guru / pensyarah menyalahkan pelajar dan pelajar menyalahkan guru atas timbunan kerja kursusnya. Begitu jua dengan yang lain-lain..


Maka berbloging mungkin adalah cara meluahkan.. tetapi bukan bermakna sesuka hati boleh melontarkan cacian dan makian terhadap sesiapa. "suka hatiakulablog aku ko peduli ape,xsuke xyah baca..." mungkin ada yang menjawabnya sebegitu rupa. Manusia itu lemah dan kadangkala tidak berupaya menahan amarah. Meluah bukan salah, sebaliknya meludah (membuat makian serta carutan yang sudah seperti amalan zikir harian).. Speech of freedom -kebebasan hak untuk bersuara ..memang benar.. tetapi tidak bermakna anda perlu melakukan umpatan dan kejian terus melupakan tatacara dan adab sebagai manusia yang beragama..cukuplah merahsiakan tanpa disebut namanya..menyalahkan yang lain bukanlah langkah yang baik..teliti dan perhalusi kesalahan yang datang dari diri sendiri bukan orang lain serta lakukan kerja anda dengan ikhlas niat kerana Allah S.W.T juga mengamalkan sikap positif serta berperasangka baik terhadap semua...Insyallah...

Andainya kau rasa tidak berupaya, hidup sendirian tiada pembela... Segalanya suram, bagai malam yang gelap, tiada bantuan..tiada tujuan.. Janganlah berputus asa kerana Allah bersamamu... InsyAllah ada jalannya..

Andainya kesalmu berulang lagi, bagai tiada ruang untuk kembali .Tika keliru atas kesilapan lalu membelenggu hati dan fikiranmu, janganlah berputus asa...InsyAllah ada jalannya..

Kembalilah kpd yg Esa .Yakin padaNYA panjatkanlah doa..Pimpinkanlah daku dari tersasar, tunjukkan daku.. ke jalan yang benar...



1 comments:

Encik Amman said... Reply To This Comment

Ini Amran Zain yang nyanyi ni ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...