rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Bunuh Diri di KB MALL

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.

sumber Kosmo



P/s: Gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. (Kesian .. bertindak di luar kewarasan yang membawa kemudaratan)



4 comments:

cik azeya said... Reply To This Comment

wah. takotnye

Encik Amman said... Reply To This Comment

KB Mall ni banyak gak kes berlaku kan... Ni kes bila ni ek? Hari plak femes. Hehe.

Ape la kes nak bunuh diri bagai. menyusahkan orang lain je. Dosa besar dan tiket neraka sudah tentu jika bunuh diri. haish~ =.=..

Bro.. ruangan komen dekat blog tak nampak la. nak komen susah. Cekang sangat editnyer ni.. ni pon click dekat tajuk entri baru ada keluar komen. hehe

amranaiman said... Reply To This Comment

ni cite hangat arini... gilo.. nyusahkan org n mak bapak serta msyarakat setempat yg len...

-kalu edit template baru takut byk mende ter adjust... klik je lah kat tajuk..=P akan diusahakan...huhuuu mekasih bro..

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

ingat bunuh diri nih boleh selesai problem ka!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...