rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Asing Di bumi SeNdiri

Catatan 30 Disember 2008


Jauh perjalanan luas pemandangan. Segala pengalaman adalah berharga buat setiap insan dalam belajar mengenal liku-liku kehidupan. Pedalaman itu memang satu halangan buat mereka yang tidak punya peluang untuk kehadapan. Tetapi keazaman dalam memperbaharui kehidupan adalah satu kemestian. Jika sewaktu dahulu ikan boleh dipukat pada bila-bila masa. Jika sewaktu dahulu padi ada didepan mata. Semuanya harus bermula semula kerana mereka bukan ditempat yang sama. Asing di bumi sendiri. Pindah di tempat baru bermakna mereka perlu mengatur langkah perjalanan. Tanah baru tidak semestinya subur untuk bertani, air bukit percuma dulu dinikmati mungkin kini tidak lagi.


Jika dahulu ia sekadar mengisi masa lapang , maka hasil kerja halus kini harus dijadikan sebagai sumber pendapatan. Tidak ramai anak muda kampung yang ingin ke universiti, cukup sekadar pengetahuan di tingkatan lima dan terus bekerja. Anak gadis menunggu masa si jejaka. Kurang kesedaran serta peluang menggenggam segulung kertas pengiktirafan yang begitu beharga. Andai ilmu itu dikejar, kemajuan bakal dikecapi tiada lagi penindasan dan penipuan jika kita berpengetahuan. Jika semuanya graduan universiti, mungkin ada mata tercelik memandang ke kawasan ini untuk diberikan bantuan. Mungkin ada yang menyangka mereka tidak tinggi pelajaran lalu tidak perlukan bantuan. Mereka miliki idea-idea bernas, miliki hasil kerja yang kreatif akan tetapi tidak punya saluran untuk pemasaran dan penambahbaikan demi kemudahan yang lebih. Hasil tanaman jika ada lebihan adalah satu masalah untuk dipasarkan ke pekan, maka cukuplah sekadar bercucuk tanam sebagai sumber makanan dan bukan sumber pendapatan.


Masalah pengangkutan dan kemudahan awam adalah penyakit utama. Andai tiada anak-anak mereka ke sekolah, mungkin juga bahasa adalah masalahnya. Boleh dikatakan kampung ini sunyi kerana hilang warganya berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya 5 keluarga. Uma nya banyak tapi tiada berpenghuni, menanti krismas kembalikan seri. Depan, belakang ,kiri dan kanan diliputi bukit bukau yang belum ditarah, hidung ini bersih dari ketulan hitam. Sekali sekala terdengar si kenyalang menjerit. Sungai rejang tersekat alirannya, ikan sumber makanan kian kurang. Keringit di sini sentiasa mengigit kaki dan tangan. Tiada nyamuk tetapi agas yang inginkan santapan.


Empangan berbilion ringgit perlu dilaksana demi menyalurkan 2400 wat tenaga ke semenanjung Malaysia. Jika di hulu sungai sana. Semuanya mesti berpindah ,jika tidak empangan yang menyekat 7 aliran sungai ini bakal meneggelamkan mereka sebesar negara Singapura pada 2010 (tarikh jangkaan siap, tetapi masih dalam pembinaan) . Mereka perlu dibantu bukan sekadar membiarkan mereka berteleku. Jangan nanti ada bangsa lain yang menindas mengaut keuntungan dari mereka, walhal kejadian itu telah pun bermula.


Enjin jenerator berbunyi hanya bertahan 5 jam sehari. ‘Jalan Jahat’ itulah kata mereka andai melalui jalan besar ke pekan yang kadangkala mereka gelar highway. Istilah mereka kadangkala sedikit berbeza dengan kemajuan di semenanjung. Jalan jahat merujuk kepada lobang-lobang sebesar 5 kaki persegi yang dalamnya separuh dari tayar bas. Lopak-lopak kolam ikan yang terbentuk kerana berkongsi laluan dengan lori balak yang melaluinya. Naik taraf jalan disana cukup sekadar dari lumpur atau tanah ditaburi dengan batu-batu bukan sehingga ke peringkat diturap. Mereka umpama merintih dibumi sendiri. Terperangkap jauh ke dalam. Hak dirampas..rintihan tidak didengar walaupun ada yang cuba-cuba menjerit-jerit dilaman forum. Pampasan yang diterima tidak sama dengan apa yang dikecapi sebelumnya. Sumber eletrik yang hanya dijana jenerator di malam hari, mampukah menyinari hidup mereka di hari mendatang…

P/s: Sehingga ke hari ini empangan masih belum siap sepenunhnya.. tetapi perkhabaran baiknya anak muda di sana telah mula masuk ke ipta melanjutkan pengajian. Artikal berkaitan Bakun Dam  1 dan 2



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...