Berita Minggu 13/03/2011 |
Cuba pembaca fikir dari suatu sudut yang lain, kerana karikatur bukan bahan ucapan secara terus, ianya umpama sehelai lukisan abstrak yang perlu diolah untuk menceritakan lukisannya. Mungkin pelukisnya, Zoy dan editor beritanya tersilap langkah, pemikiran masyarakat dunia tidak sedalam itu untuk memperhalusi lukisan tersebut. Apa yang ditulis dan dilukis itulah yang dipercayai. Benarlah kata pujangga " mata pena itu lebih tajam dari sebilah pedang" impaknya manusia marah dan sebaran khabarnya benar atau tidak akan tersebar melata( meluas), sudut positifnya karikatur mengajak kita berfikir, maju mana sekalipun sesebuah negara itu, sehebat manapun adiwiranya (superhero), manusia atau negara itu tetap akan kalah dengan kuasa Yang Maha Esa. Kuasa-Nya mengatasi segalanya . Apapun suratkhabar Berita Harian hari ini di bahagian muka hadapan tertera permohonan maaf:
Berita Harian mohon maaf
MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.
Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana.
Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.
Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG
P/s: Jika difikirkan diperhalusi kemungkinan rakyat Jepun membacanya adalah mustahil.( bukan bermaksud karikatur sebegini boleh dilakukan sewenangnya.) Kebaikan lain, Berita Harian kini dilihat dan dibaca oleh dunia dan berkemungkinan jualannya meningkat ^_^. Tetapi persoalannya apakah motif pihak yang menimbulkan isu ini di CNN? Adakah sengaja ingin melagakan hubungan baik Jepun-Malaysia di mata dunia? Mungkinkah mengambil peluang akibat nila setitik?
Pesanan buat Berita Harian, tidak semua perkara itu boleh dianggap remeh, Malaysia itu jika ditimpa musibah sebegini rupa, rakyatnya mungkin kurang senang melihat karikatur sebegini rupa terhadap negaranya... begitu jua sebaliknya... ( apapun Terima Kasih memohon maaf...)
Video bangunan bergoyang...
Al- Jazeera
1 comments:
disebabkan komen dah lupa. kene pk ayat lain.. hahaha
Post a Comment