|
- Watak Merong yang perkasa@katang membuatkan kebanyakan penonton dan sahabat-sahabat bloggers terutama wanita memujinya sambil mencuci mata =P. "LIKE"
- Penggunaan bahasa inggeris dalam filem seolah-olah membuatkan ianya seperti filem luar negara. ( sebab memang kebanyakan yang cakap bahasa inggeris adalah bukan rakyat tempatan - stephen sah-sah omputih.. apa pun ok la..bagus not bad) "LIKE"
- Kemah tempat pendaratan atau berlabuhnya konvoi dari China bersih sesucinya kurang kotoran, tiada efek habuk calit-kotoran. Menunjukkan ianya baru dan bersih dari habuk serta kotoran. Walaupun pedagang-pedagang china kerap merantau ( mungkin setiap kali nak berlayar pakai kemah baru or kena basuh baru dibenarkan belayar.)
Menara tinjau di belakang Merong jatuh. Scene lawan tamat. |
- Babak permulaan pertempuran di tepi pantai ketika Geruda menyerang kurang kemas dan seperti melucukan, kerana dalam satu sudut yang sama dan terlalu jauh seolah-olah Merong berlawan dalam gerak perlahan. Babak berlawan di tepi pantai pada permulaan berakhir apabila menara tinjau dijatuhkan semua manusia sekeliling tempat pertempuran rebah ke bumi. ( macam plot jumping yang berakhir secara tiba-tiba.)
- Baju perisai geng Rom dan China tentera-tenteranya pakai macam loose/ longgar. kelakor la pulak... betul kot dulu-dulu macamtu kirenye tentera tangkap muat. Ada babak terkantoi seorang dua pahlawan China tak bersedia macam tidak menunjukan berperang, tak menjerit pun...(jerit aaaaarghhh!!! ok gak.)
- Scene Merong nak pergi berperang, lalu Embok kekasihnya tidak mahu dia ucapkan selamat tinggal. Kenapa Embok lari nyorok belakang orang ramai , sebab tak nak Merong ucap selamat tinggal ?? Tapi selepas itu bila Merong dah nak bla.. datang balik ke arah Merong.. ( malu tapi mahu??) =P
- Scene pujian masa tentera Rom dan China gabung tempur dengan Geruda nampak kemas. Tapi dihujung cerita. Kalau awal-awal lawan macam ni kan best. Raja Rom, Marcus lawan berpusing terbang, Laksamana China kena pukul tersandar ke pokok, Pedang melayang nampak bayang Puteri China. "LIKE"
"Sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad menjadi satu,hidup mati jadi bersama.
- Pantun dan kata-kata puitis banyak dituturkan dalam filem ini memberikan keindahan sastera ibunda, dan diatas adalah antara petikan yang kerap diulang oleh si Merong pesanan dari ibundanya. "LIKE"
- Apapun pujian buat KRU Production sebab buat filem yang insyaAllah menjadi pemangkin buat filem-filem Malaysia akan datang. Bukan senang ingin menghasilkan sebuah filem yang sempurna..=) Filem bernilai 8 juta ini dikhabarkan akan diedarkan ke 72 buah negara termasuk United States of America, China dan Germany. "LIKE"
- Inisiatif yang harus dipuji sebagai panduan dan rujukan buat anak bangsa mengenal pahlawan dan tokoh. Mengingatkan sejarah negara."LIKE"
- Kesimpulan dan pendapat saya ianya bolehlah ditonton, cuma jangan memberikan harapan terlalu tinggi. Maka nialainnya sebagai 3/5. =)
Anuar Zain - The Memories Remain
P/s: mungkin ulasan saya belum memadai tapi anda boleh melihat ulasan dari Encik Amman. dan Miss Posh Alert.. =)
4 comments:
Haha.. terima kasih der ;DD
wah. macam nak tengok :)
Wah x sabar nak tgk...padhaaattt!
sampai sekarang ni, belum sempat menonton. alah, bila ya? 29 ni sudah masuk u. hehhe
Post a Comment