rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Cinta Pandang Pertama si Payung Biru

Filem pendek oleh Pixar studio bertajuk The Blue Umbrella. Disiarkan sebelum mula tayangan filem baru Monsters Academy, filem pendek bayangan Saschka Unseld dan kumpulan sokongannya. Kisah cinta pandang pertama antara dua buah payung. Klik tajuk untuk video filem pendek selama 34 saat.

Read more...

Selesaikan Misi Skyfall James bond

Merasai kepayahan dan halangan seorang ejen risikan. Tugas diberi ada rintangannya. Coke Zero mencabar pengguna keretapi untuk menyelesaikan misi OO7 dalam 70 saat. Apabila misi  selesai, tiket Skyfall bakal menjadi milik penyahut cabaran. via adweek


Read more...

Remote Control (RC) S.H.I.E.L.D. Helicarrier

Dari Filem The Avengers , kenderaan konsep yang tersejuk (coolest) adalah "S.H.I.E.L.D. Helicarrier". Ia merupakan sebuah kapal perang dan pejabat terbang (terapung?) di angkasa bandar New York. Jikalau di ikutkan skala kebesarannya ia adalah 3 atau 4 kali ganda besar dari mana-mana kapal perang carrier Jet USA. 

rekabentuk SHIELD Helicarrier dari filem.

Namun ini tidak menghalang pembuat model dan peminat RC (permainan remote control) dari Arkhangelsk Russia yang hanya dikenali sebagai "Native18" untuk membina model hover remote control akan rekabentuk SHIELD Helicarrier itu (namun pada skala yang lebih kecil dan ekonomi). Beliau yang agak famous di forum Russian RC community telah berbincang dengan ahli-ahli forum untuk menghasilkan model skala lebih kecil akan rekabentuk ini. (mereka juga telah banyak kali menghasilkan versi remote control skala kecil akan pelbagai lagi rekabentuk kenderaan popular filem Amerika)
(petikan visual dari filem)

Read more...

Mael Lambung The Movie

MaelLambung direalisasikan ke dunia filem. Pembawaan watak zizan sebagai Mael Lambung di Maharaja Lawak, menarik minat produksi filem. Sebuah filem bergenre aksi komedi. Diarahkan oleh Ahmad Idham. Akan menemui penonton di pawagam 21 Jun 2012. Melihat promosi iklan di akhbar, dikatakan tidak akan ditayangkan di Astro First.




p/s: teringat bos lama di sbuah syarikat automotif.. namanya mael hhuhu ^.^

Read more...

BMW i8 Concept Car - Mission Impossible 4

3/4 front view
Rear View

Scissors Door
Front View
Body
Interior Design
Meter Panel

GPS navigation
 

BMW i8


Pembangunan kereta elektrik BMW telah dilakukan sejak 1969 lagi. Antara yang menjadi permulaan adalah BMW e1 yang di perkenalkan pada 1991. Pengenalan lithium ion bateri pada 2004, menganjakkan lagi BMW untuk kehadapan dengan seterusnya memperkenalkan MINI e, pada pertengahan 2009. 2011 BMW ActiveE menjadi asas kukuh sebelum terhaslnya i3 dan i8 (plugin hybrid) yang dijangka akan dipasaran 2013.

Sumber: BMW-i

p/s: huhu canggih.. dengar2 dijangka Proton e-mas akan keluar pada 2012 :D

Read more...

Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 Review

 

Filem ni telah ditonton seminggu lepas. Tidak la ingat bila pula tarikhnya. Harus ditonton kerana merupakan penutup kisah hidup Harry Potter ( allahualam kot ada sambungan lagi lepas ni). Bagi yang telah mengikutinya dari bahagian pertama sehingga ke enam. Cerita ini (HP7) mudah difahami kerana ada beberapa imbasan untuk bahagian awalan cerita. Semuanya menjawab persoalan setelah cerita ini bertahun lamanya ditayangkan. Semenjak dari kecil sehingga Harry sudah pun berjambang. Pertempuran kuasa sihir jahat dan baik. Mempertahankan Harry mengakibatkan mengorbankan semua yang berada disampingnya atau menyerahkan Harry dan kuasa jahat bermaharajalela di Hogwarts. Hogwart di serang dan pelajar serta guru-suru sihir memprtahankannya. Harry sememangnya harus mati kerana ada sifat Voldermort (hocrox) dalam dirinya. Severus Snape (guru Harry) juga punya sebab membunuh Dumbledor dan menjadi pendamping buat Voldermort. Bintangnya 4/5 jalan cerita dan kemuncak penutup untuk si Harry Potter. Review lain boleh lihat AIZAThavoc
oo demo bunuh Dumbledore.. mapuh demo!!
"mereka mati kerana aku..."


nak itut~~ waaa nk itut gak.. :P

p/s: bile agaknya filem malaysia nk wat trilogy.. :) meh ramai-ramai join group Sindiket Kaki Wayang

Read more...

The Amazing Spiderman = Spiderman 4 ?





Dijangkakan spiderman bakal bermula semula sebagai sebuah filem trilogy. Filem ini secara rasminya pada 3 Julai 2011. Gambar dan maklumat lanjut >> Spiderman.


p/s: spiderman baru, peter paker baru.. :P

Read more...

Nur Kasih The Movie - Full




Sinopsis: Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.
Gambar >> nur kasih

rmvb download link >> part 1, part 2
p/s: belum tengok..^_^ ape-apepun download dulu.. kalu xmelepas mcm kl gangster :P huhu..

Read more...

Review Transformers 3 - Dark of the Moon



Terbaik dan hampir sempurna. Kesan yang menampakkan seolah-olah Transformers benar-benar wujud di dunia. Jika dahulu merasa kurang puas dengan aksi pertempuran robot, anda boleh berpuas hati kerana penuh aksi yang dibantu oleh manusia. Kewujudan bekas panglima Autobots,Sentinal dengan pedang dan perisainya. Kehadiran Dino ( Ferari) menggantikan si Porshe serta Wreckers iaitu 3 buah kereta Nascar. Penampilan Megatron dan Shockwave yang nampak hebat kacak bergaya, tetapi wataknya kurang ditampilkan di dalam cerita. Aksi terbang dan lompat, yang memastikan mata anda sentiasa memerhatikan jalan cerita. Rosie Huntington Whiteley yang menggantikan Megan Fox, bukanlah suatu masalah besar.( ada slanga British nice huhu..) . Optimus lengkap dengan sut terbang, pedang dan senapang. (O.o wuuoo) .Kisahnya adalah mengenai perebutan  teras dan manipulasi manusia sebagai anggota Decepticons. Menjaga kepentingan peribadi atau menjaga hak semua. Jika anda hadir sebagai penonton yang inginkan penceritaan lengkap dan gaya lenggok lakonan yang mempersonakan, mahupun babak percintaan anda mungkin kecewa, tetapi jika sebagai peminat kartun Transformers yang inginkan ianya menjadi watak realiti serta kesan teknologi anda akan berpuas hati dan cukup teruja. Maka nilaiannya 4.75 / 5 huahuauaa..=) Website rasmi Transformersmovie.

Bumblebee ynag kacak bila menjadi kereta Camaro

Lagu OST Linkin Park

P/s: best2..huhu..Mercedess kalah lawan Chevrolet.. =P

Read more...

Review Green Lantern


Review filem ini agak terlewat kerana telah menontonnya 2 minggu lepas. Alang-alang telah menonton. Ada baiknya kita berkongsi. Mengisahkan seorang juruterbang, Hal Jordan (iras2 hirtik Roshan =p) yang berani tetapi dihantui pengalaman ayahnya yang juga seorang juruterbang. Dalam masa yang sama planet hijau di bayangi rasa takut, kerana setiap pejuangnya mati dibunuh rasa takut, bekas guardian, Atrocitus yang cuba menyelami kuasa Yellow Lantern. Pahlawan Green Lantern, Abin Sur yang pernah megurung Atrocitus, telah mati lalu cincinnya memilih Hal Jordan untuk menyambung tanggungjawabnya sebagai Green Lantern menjaga sektor galaksi sebagai polis angkasa. Kesan radiasi terkena kepada professor dibumi yang membuat bedah siasat terhadap mayat Abin Sur. Lalu menjadi boneka makhluk Atrocitus dan membahayakan keselamatan bumi. Hal Jordan memiliki cincin yang berkuasa mengikut imaginasi rekaannya. Penceritaan permulaan kisah Green Lantern. Jika tidak dilihat habis, keluar awal sebelum senarai nama terlibat keluar berderet.. anda akan terlepas menyaksikan penamat ceritanya. Kesan warna hijau dan hitam gelap mengelilingi keseluruhan filem yang menyaksikan penceritaan ringkas dan mudah difahami akan tetapi kurang aksi yang menakjubkan.  Maka nialainnya sebagai 3/5. =


Read more...

X-Men First Class 4/5 ?


X-Men First Class sebuah filem sejarah mengenai kewujudan X-Men. Sebelum mutan menunjukkan diri mereka di dunia, ketika Professor X dan Magneto masih menggunakan nama Charles Xavier dan Erik Lensherr.  Magneto memiliki kisah silam mencari Sebastian Shaw yang mampu melepaskan ledakan dari serapan kuasa. Sebelum Charles dan Erik bermusuh mereka adalah sekutu. Professor yang mendapat gelaran hasil dari kajian terhadap kajian genetik. Mencari mutan lain untuk menghalang daripada Perang Dunia ke-3 terletus antara Soviet Union dan Amerika. Mengapa X-Men wujud. Penceritaan kisah sejarah X-Men yang mudah difahami yang diceritakan secara perlahan. Kurang aksi, lebih kepada mengenal potensi diri, serta keinginan golongan mutan untuk diterima dan dihargai sebagai manusia biasa yang memiliki kelebihan. Kesimpulannya baik untuk tontonan siapa sahaja kerana tidak terlalu berat, terutama yang tidak tahu apa itu X-Men. Maka nilaiannya 3.5 / 5 3.5-star rating dengan kata lain ok la.. boleh laaa.. =) Kepada yang ingin melihat watak2 yang ada boleh layari x-menfirstclassmovie.com





p/s: next filem dok tunggu Transformers 3 dan Harry Potter  ^_^ sambil lihat senarai2 filem2 2011 lain yang belum keluar.. huhhuhu

Read more...

Satria Baja Hitam / Kamen Rider idola 80-90an

Kamen Rider mahupun Masked Rider adalah drama aksi bersiri Jepun yang di karang oleh mangaka Jepun, Shotaro Ishinomori. Bermula dengan siri televisyen pada 3 April 1971 sehingga 10 Febuari 1973. Kisah asalnya mengisahkan sebuah organisasi misteri, Shocker yang merancang menakluk dunia. Shocker merekrut anggotanya melalui penculikan dan menjadikan mereka sebagai makhluk mutasi. Bagaimanapun seorang daripada mangsa terlepas dari proses pembasuhan ingatan untuk menjadi makhluk mutasi yang jahat. Dengan sifat2 tanggungjawab yang ada, Hongo menentang Shocker dengan menjadi makhluk belalang.

Gerakan yang Menjadi ikutan kanak-kanak zaman 90an.

Tidak banyak bezanya dengan cerita asal, Suria Perkasa Hitam mahupun Belalang Tempur (nama Motor) adalah antara nama yang didengar sewaktu ketika dahulu. Juga disebut Satria Baja Hitam atau Kamen Rider Black, versinya pula adalah mengenai Gorgom organisasi gelap yang mengambil Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko untuk dimutasikan setelah membunuh kedua ibu bapa Kotaro. Oleh itu mereka perlu memadamkan memori ingatan untuk menjadikan mereka cyborg. Ayah Nobuhiko adalah saintis di organisasi tersebut, maka dia tidak mahu memadamkan ingatan Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko.
Kotaro berjaya melepaskan diri dan meninggalkan Nobuhiko serta ayah angkatnya dan berazam kembali menyelamatkan mereka. Menggunakan nama Satria Perkasa Baja Hitam, dia memiliki 3 gerakan membunuh iaitu Tendangan Padu Maut, Tumbukan Padu Maut dan Pukulan Padu Maut untuk menentang raksaksa GorGom.  Yang mana akhirnya Kotaro menentang saudaranya yang telah berubah menjadi Satria Bayang (Shadow Moon). - revision dari sini > . < (cite ni la paling hebat zaman awal 90an dahulu selain ultraman dan gaban serta flashman... uhhu).

Revolusi Kamen Rider.

Filem tahun 1987 - Satria Baja Hitam/ Suria Perkasa Hitam The Movie

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...