rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Bangunan Bakul Longaberger

Terletak di Dresden, Ohio, Amerika Syarikat. Bakul gergasi ini sebenarnya adalah sebuah bangunan yang dimiliki oleh syarikat Longaberger. Khusus dalam penjualan beg dan aksesori hiasan, rantaian Amerika ini mengambil kesempatan membina jenama dan pengenalan daripada seni bina yang memperlihatkan bakul terbesar di dunia.

Read more...

Arca Manusia Animatronics

Mark Ho berasal daripada Amsterdam, Belanda. Terkenal dengan arca manusia animatronicnya yang diperbuat daripada gangsa dan besi tahan karat. Pernah mendapat latihan dalam pengarahan filem dan penulisan skrip. Tahun kedua di akademi, memerlukan beliau melaksanakan tugasan menghasilkan boneka yang mampu melakukan banyak pergerakan. Tugasan yang  membuatkannya berfikir mengenai masa depannya dalam industri perfileman. Selesai sahaja pengajian, beliau mengambil keputusan nekad mendalami segala ilmu berkaitan logam. Kesenian halus logam yang mendatangkan kepuasan kepada dirinya menemukan kepada kecantikan, ketepatan, kesabaran, kemahiran, reka bentuk dan perasaan ikhlas.

Read more...

Pokok Buaian Binaan Hiasan Taman

Pemasangan Chop Stick ( functional sculpture) telah ditugaskan oleh Muzium Seni Indianapolis kepada Visiondivision, firma seni bina Sweden untuk menggambarkan metafora " bahawa kita mesti mengorbankan sesuatu untuk membina sesuatu yang baru" . Menggunakan batang pokok di taman, binaan struktur menyediakan sebuah buaian gergasi untuk semua. Pokok balak yang digunakan adalah seberat 6 tan.


Read more...

Jam Setahun 4 Musim

Waktu bergerak terlalu pantas. Apabila ditunggu menjadi lama, apabila diperlu menjadi singkat.  Masa tidak boleh berundur. Tetapi hanya boleh dilalui dan dihadapi. The Present Clock ciptaan sebuah syarikat yang bertapak di Brooklyn. Jam yang menunjukkan waktu musim dalam setahun. Lengkapnya pusingan jam, bermakna setahun telah melalui musim sejuk (putih), bunga (hijau). panas ( kuning) dan luruh (merah). Prototaip bersaiz 12 diameter dan seberat 4 pound. via kickstarter

Read more...

10 Arca Kayu Aj Fosik

AJ Fosik dikenali sebagai artis yang dikenali dengan gayanya tersendiri. Hasil arca kayu warna-warninya adalah terdiri daripada ukiran haiwan yang menggambarkan semangat dan kekuatan.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...