rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

10 Perkara Tidak Perlu dikongsi di Facebook

Jangan Kongsi 10 Perkara mengenai anda di Facebook atau mana-mana laman sosial . Laman sosial kini menjadi aktiviti rutin dalam kehidupan. Langkah waspada, perlu ada supaya tidak semua perkara perlu diketahui umum. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.


1. Tarikh lahir . Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

 2. Nama ibu anda. Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

 3. Alamat rumah anda. Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

 4. Kedudukan. Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat. Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda dan memberikan masa anggaran buat mereka.

5. Perhubungan. Memaklumkan anda memiliki hubungan kekeluargaan, juga merisikokan keluarga anda menjadi sasaran seandainya penjenayah tidak mampu mencari anda. Mereka akan dijadikan bahan ugutan.

6. Gambar diri. Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Gambar penuh merisikokan diri untuk di edit menggunakan perisian tertentu, juga untuk tujuan ilmu hitam.

7. Status pengakuan / kekecewaan. Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

 8. Nombor telefon. Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

 9. Mengira detik percutian anda. Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti. 

10. Gambar Rumah / Barangan Peribadi berharga / No Plate Kenderaan.  Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Jam tangan ribuan ringgit? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Gambar rumah/ plate kenderaan memudahkan orang tidak dikehendaki hadir dan menjadikan rumah / kenderaan anda sebagai sasaran.

Kongsikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber. Walaupun perkara ini nampak macam remeh, tetapi sekurang-kurangnya langkah seperti ini mampu menjaga privasi anda dan keluarga dengan lebih selamat lagi. Sumber diedit dan ditambah baik.

Read more...

Batpod Made in Vietnam

Hampir sama dengan kenderaaan bermotor milik Batman dalam filem " The Dark Knight Rises". Video  menunjukkan kreativiti kejuruteraan, Batpod ini seperti daripada beberapa bahagian kereta diguna pakai untuk menghasilkannya. Sumber Geeko




p/s: hehe laju tu..vietnam boleh xkan malaysia x boleh? :)

Read more...

Arca Haiwan Plastik Terbuang

Siri arca oleh Sayaka Ganz diperbuat daripada barangan plastik terbuang. Bertujuan menyampaikan mesej harapan untuk hidupan di muka bumi. Bukan sekadar arca yang mementingkan keindahan estetika, tetapi untuk menyedarkan kewujudan objek buangan. Ia juga menyampaikan kepentingan dalam menilai apa yang kita ada,dan bagaimanakah kita menjalankan tanggungjawab kita kepada masyarakat.

Read more...

Kuratas | Robot Perang Realiti

Buat mereka yang biasa dengan kartun anime versi robot perang seperti Gundam atau mereka yang pernah melihat filem Real Steel. Kini mecha ini menjadi realiti. Berketinggian 12 kaki 5 inch ,berat 4.5 tan ianya menggunakan bahan bakar diesel. Dunia boleh berterima kasih kepada artis rekaan Kogoro Kurata dan Wataru Yoshizaki. Produk keluaran Suidobashi Heavy Industry ini dipamerkan di Wonder Fest 2012. Dikawal dengan seorang jurupandu menggunakan teknologi paparan sesentuh juga kawalan tangan dan lengan aplikasi teknologi "Kinect" V-Sido. Dijual dengan harga $1,353,500 Usd. Sumber Popsci

Read more...

Spartan Puasa

Selamat berpuasa hari ke 12. Saya sahur dah. Sambal tak cukup pedas. Ow yes. Sekadar hiburan edisi bulan ramadhan. Siapa puasa sila angkat tangan dan jerit .. "HAu.. Hau.. Hau..!!". Semua angkat tangan, nampak sangat semua puasa betul tak?. :P



p/s: orang malaysia memang pandai buat benda2 macam ni haha :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...