10 Resolusi Perhimpunan Sejuta Ummah
1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja  Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada  pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam  Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2)  Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah  memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari  perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang  dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan  Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3)  Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam  Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas  dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat  dimasukkan sebeagai kandungan utama.
4) Menuntut supaya kerajaan  mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah  dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan  Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5) Menuntut agar sistem  pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang  boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak  Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya  menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan  penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6) Meminta  kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh  dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan  agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam  negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap  Islam.
7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan  politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama  melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius  terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
8)  Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil  tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman  yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada  terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
9) Menggesa  kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media  cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang  menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian  bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan  undang-undang yang ada.
10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir  dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala  perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu  menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat  daripada sebarang bentuk pencerobohan.
 
p/s: :D sumber 
Malaysiakini dan 
Himpun