rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

7 Rekaan berharga bawah 5 USD yang menjadikan jutawan dan jutaan


Amerika dengan bangganya menyatakan bahawa mereka adalah negara inovasi dan rekaan dari besar hingga kecil. Benarkah? Emm.. Berikut adalah 7 ciptaan dibawah harga 5 dolar atau lebih rendah yang keluarannya mencecah jutaan dan kadangkala lebih dari itu.

1. Post-it Notes

Anda mungkin menggunakannya paling kurang sekali seumur hidup, kecuali anda tinggal di bwah batu atau kawasan pedalaman. Nota pelekat mulanya adalah pelekat yang gagal di 3M. Gamnya tidak meleket dengan cukup. Arthur Fry yg bekerja di 3M mula menambah gam pada “ Sticky Notes” tersebut di dalam buku laporannya dan beberapa rakan lain mula mengikut jejak langkahnya untuk kegunaan sendiri. “Post-it” kini salah satu penemuan paling mahal yang membuat syarikat jutawan, dan telah berkembang menjadi 4.000 produk yang berbeza.  Idea bernas yang datang dari pelekat yang tidak menjadi. =)

 
2. Crazy Straw

Ibubapa tahu bahawa kanak-kanak kadangkala cerewet dalam pemakanan. Inilah masalah usia pada tahun 1936, Pereka Denver, Arthur P. Gildersleeve mengambil keputusan membengkokkan straw untuk menambah tarikan pada kanak-kanak minum susu dan jus. Rekaan mudah yang berjaya, kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh dunia beberapa dekad selepas ia pertama kali diciptakan.


3. Slinky
 
Rekaan Simple/ringkas oleh Richard James bermula di stor jabatan Gimbel di Philadelphia ( bukan Pilahdelfia, negeri 9) tahun 1945. Berjaya membuat amukan pasaran dari hari pertama. 400 Slinky dijual dalam masa 90 minit. Sejak itu lebih dari 300 juta ++ telah dijual membuatkannya sebagai produk klasik yang murah yang selalu ada dibilik kanak-kanak.

4. Silly Bandz

Jika anda memiliki anak kecil atau anda sendiri mungkin biasa dengan Silly Bandz, sifatnya yang elastic dengan pelbagai bentuk seperti haiwan, bintang rock serta bentuk-bentuk peribadi yang lain. “Wrist band” getah pergelangan tangan nama lain baginya. Menjadi kegilaan sejak beberapa tahun lalu hingga kini ianya terjual 1juta dalam masa seminggu.






5. Pet Rock

Bermula sebagai gurauan dalam pertemuan bersama rakan pada tahun 1975, Gary Dahl berbicara tentang bagaimana sungguh serabut membela haiwan peliharaan. Dan dia lebih sukakan “pet rock” batu peliharaannya. Setelah melepak dengan idea rakan-rakannya, Dahl menulis "The Pet Rock Training Manual" -Panduan Batu peliharaan yang di paketkan di dalam kotak dengan tag harga $3.95 maka lahirlah Pet Rock. Apa yang bermula sebagai gurauan dalam bulan April telah menjadi jualan sebanyak 10,000 Pet Rock sehari dalam bulan Oktober membuatkan Dhl menjadi jutawan. Dianggarkan bahawa perekanya membuat lebih $15juta pada penggal pertama pengeluaran. The Pet Rock kini telah dilupakan, tetapi ciptaannya menunjukkan bahawa kadangkala gurauan dan sedikit kesungguhan boleh membawa kejayaan, keuntungan dan tuah.

6. Antenna Ball

Sukar untuk membayangkan bola antena kecil, tetapi seseorang membuatnya lebih jutaan dollar untuk benda tersebut. 1997, diinspirasikan daripada iklan “ Jack in the Box” ianya mula direka dengan pelbagai jenis “antena ball”. Mula dijual di keda-kedai di California dan mengikat kontrak dengan Wal-Mart. Jason Wall menjadi jutawan, presiden dan CEO untuk In-Concept.



7. Koosh Ball

Lagi contoh rekaan ringkas  yang mebuatkan jutaan dan jutawan oleh Scott Stillinger 1987. Stillinger inginkan bola yang lebih mudah untuk ditangkap anaknya dan beliau mengikat gelang getah bersama maka terciptalah Koosh Ball. Beliau berusaha memperluaskan syarikatnya OddzOn, yang kemudian dibeli oleh  Russ Berrie and Co. Hari inianda masih boleh membeli Koosh Ball untuk beberapa dolar, membuktikan bahawa penemuan yang ringkas mampu bertahan sehingga kini.
 

Mungkin anda kagum dan terinpirasi dengan produk-produk tersebut. Adakah idea anda diperlukan? Kadangkala idea yang bodoh atau pelik itu tidak membantu. 99.9% dari penemuan tidak pernah menjadi produk yang berjaya, jadi jangan terburu-buru untuk melancarkan idea anda lagi. Berita baiknya pereka-pereka ini membuktikan bahawa 1% idea pelik itu mungkin adalah idea yang bagus jika disertai dengan kesungguhan, ketekunan dan sedikit tuah kejayaan. Sumber investopedia.com



1 comments:

cik areh said... Reply To This Comment

sgt2 inovatif derang neh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...