rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Mesir semakin runcing

Beribu rakyat mesir betempur sesama saudara sendiri di cairo.Pertembungan proHosni mubarak dan anti kerajaan yg berusaha sedaya mungkin menuntutnya meletakkan jawatn. Masih tdk menampakkan tanda2 akan berakhir. Hosni masih tetap di atas sedang rakyatnya berperang sesama sendiri. KUMPULAN pelajar Malaysia di Mesir menaiki pesawat C 130 untuk ke Jeddah, semalam. KAHERAH: Ketika Kerajaan Malaysia bertungkus-lumus membawa pulang rakyat Malaysia dan memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat, pergolakan di Mesir kian meruncing apabila Naib Presidennya, Omar Suleiman menjadi sasaran bunuh.

Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi Suleiman kerana beliau terselamat tetapi dua pengawalnya maut ketika protes anti-Presiden Hosni Mubarak, memasuki fasa baru, semalam selepas beberapa pemimpin penentang menemui Perdana Menteri, Ahmed Shafiq bagi membincangkan cara terbaik pemimpin berusia 82 tahun itu berundur.
Cubaan bunuh itu berlaku pada hari sama selepas Suleiman dilantik Mubarak sebagai Naib Presiden pada 29 Januari lalu, lapor stesen berita Fox News, semalam, tetapi dinafikan sumber kanan keselamatan Mesir. Mubarak awal minggu ini mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan pemerintahan hampir 30 tahun tetapi selepas satu pilihan raya, September depan tetapi penunjuk perasaan menuntutnya segera berundur. Sementara itu di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan ibu bapa pelajar tidak perlu membiayai kos membawa pulang anak mereka dari Mesir ke tanah air. Beliau berkata, perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat dengan Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang terbabit dalam operasi menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir. “Saya akan berusaha untuk memastikan ibu bapa tidak perlu tanggung perbelanjaan bawa anak mereka pulang ke negara kita, melainkan mereka yang sudah menempah tiket sendiri, tidak dapat kita bayar balik. “Dalam operasi ini, saya akan rujuk MAS, AirAsia dan Tabung Haji untuk beri sumbangan, manakala bakinya kerajaan akan tanggung,” katanya selepas Program Ziarah Masjid di Masjid Jamek Kampung Baru, semalam. Seramai 6,800 rakyat Malaysia sudah berada di Jeddah dan sepanjang hari ini 14 penerbangan dari Mesir ke Jeddah akan dilakukan membabitkan 3,500 pelajar. Perdana Menteri turut mengumumkan anakanda Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al-Saud, yang juga Pengerusi Petro Saudi, menaja dua penerbangan pesawat Jumbo 747 membawa pulang pelajar Malaysia dari Jeddah. Beliau turut mengesahkan penerbangan pertama rakyat Malaysia dari Jeddah dijangka sampai ke tanah air, pagi esok.- Berita Harian



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...