Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam.
Sekalipun terjatuh, dia tetap bangun mengayuh ke garisan penamat dan hanya sedar kesakitan itu selepas menamatkan perlumbaan sebelum dibawa ke hospital dan tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat gangsa.

Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu. “Dia bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak terkena salur darah utama, tisu dan otot betisnya,” katanya. Sumber-Berita Harian.
1 comments:
die mmg hebat..org tganu ning...bangga cik areh
Post a Comment