Melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam membuatkan pelbagai perasaan dan pertanyaan. Mungkin benci, ingin tertawa, mengutuk, memuji dan sebagainya. Persoalannya sebelum anda menghadiri ujibakat menjadi penyanyi anda harus jawab soalan-soalan berikut:
1. Bolehkah anda menyanyi?
2. Sedapkah suara anda?
3. Berketerampilankah anda?
4. Ada pakej (hemsem/cantik/suara lunak)?
5. Bersediakah anda menerima kutukan dan hinaan?
6. Perlukah anda menjadi penyanyi?
7. Anda pasti anda orang yang dicari?
8. Mengapa anda orangnya?
9. Sudahkah anda menerima pujian dari puluhan rakan atas nyanyian "merdu" anda?
10 Berapa ramaikah yang mengutuk nyanyian paling "merdu" anda itu?
11.(soalan-soalan seterusnya mungkin anda boleh bantu =D )
Beratur panjang berjam lamanya kerana ingin mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tidak kurang sekadar ingin berjumpa artis atau ingin tampil di televisyen. Berani untuk ditertawakan, tidak sedar akan kengkangan kebolehan diri, menjadi pelawak ketika diujibakat (sila hadir audition rancangan realiti Lawak). Menjerit-jerit, mempelbagaikan bunyian nada suara tanpa segan silu bahawa diri itu akan menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia. Desakan hidup memaksa mereka untuk hadir,inginkan gubahan kehidupan di masa hadapan. Ada yang hadir kerana ingin membuktikan kemampuan kepada orang ramai. Tatkala ada jua sekadar ingin memperkenalkan perniagaan atau mempromosikan jualan. Walau bagaimanapun mereka yang hadir ini harus diberi pujian kerana percaya dengan kebolehan diri sendiri. Yakin, serta memiliki sifat positif, Tiada salahnya hadir menguji diri. Cuma jika anda banyak mendapat respon negatif dari rakan-rakan mengenai mutu nyanyian "merdu" anda itu, beratur panjang berjam lamanya mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan agama, nasihat saya sila batalkan niat anda untuk diujibakat dan jangan bazirkan masa anda untuk beratur panjang terhadap sesuatu yang pasti bukan milik anda. Ambil cuti dan luangkanlah masa anda dengan keluarga atau perkara-perkara lain yang lebih berfaedah. Renung-renungkan dan~ ~ selamat beramal ~ ~ . ^_^ ( macam tu nk jadi artis??)
MY PREGNANCY JOURNEY
7 years ago
1 comments:
kalu suare xde tp pegi jugak tu mmg x sedor diri tuh....
Post a Comment