rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Valentine Hari Si Mawar Merah

Minggu Valentine Feb 7-14 . Hari-hari countdown menanti untuk diraikan.

Feb 7: Rose day
Feb 8: Propose day
Feb 9: Chocolate day
Feb 10: Teddy Day
Feb 11: Promise Day
Feb 12: Hug Day
Feb 13: Kiss Day
Feb 14: Valentine Day


Di susun atucaranya sebelum sampai ke harinya. Ada yg tidak sabar menanti.Hari raya cinta?
pelbagai sejarah atau versi menceritakan bagaimana Hari Valentine terbentuk. Hari mawar merah penanda bermulanya minggu Valentine.Apa yang pasti Valentine adalah nama seorang paderi Saint Valentino.Perbincangan ilmiah mengenai isu ini di Halaqah TV9 pada 8 Febuari 2011 mungkin tidak dilihat oleh mereka yang ingin menyambutnya. Justeru saya kongsi serba sedikit pengisian dari rancangan televisyen tersebut.Antaranya:

Versi pertama: Pesta sebelum kedatangan Kristian ke rom, Pesta Lupesaliya disambut dr 13-18 Febuari yang mana menyembah dewi cinta yg bernama Juno Februata, yg mana pada malam pesta nama gadis-gadis Rom ditulis dlm helaian kertas dimasukan ke dlm sebuah bekas. Pemuda2 rom yg ada pada ketika itu akan mencabut nama di dalam bekas itu. Maka nama gadis yg terpilih, gadis itulah yg menjadi buat peneman nafsu mereka selama setahun.

Versi Ke2: Hari memperingati kematian st. valentine yang diseksa dan dibunuh oleh Raja Romawi (raja menyembah dewa-dewi) ketika itu kerana menyebarkan agama kristian.St valentine membantu banduan2 lain melarikan diri ketika di dlm penjara sambil mnyebarkan agama kristian lalu ramai yg kagum dgn kebolehannya menyambut hari memperingati kematiannya. Sebelum st valentine mati dia menulis sepucuk surat cinta kpd gadis yg dicintainya (ank seorang pegawai penjara).. from your Valentine.

Versi Ke3: St valentine merupakan ikon kasih syg yg mengahwinkan ramai tentera-tentera muda rom, pada ketika itu Raja rom tdk membenarkan utk tentera berkahwin kerana dikuatiri kurang prestasi serta mengakibatkan tdk ramai yg ingin keluar berperang. Sempena memperingati st valantine yg dihukum bunuh oleh raja rom pada 14 febuari.

Versi Ke4: St valentine merupakan paderi berpangkat bawah dari POPE yg menjadi tunjang belakang yang membantu raja izabela menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol. Maka raja menghadiahkan apa sahaja permintaan st valentine.Lalu dia meminta utk dikahwinkan dgn seorang gadis yg bermahzab protestant. Raja tidak memberi kebenaran kerana st dan raja berfahaman katolik maka tidak boleh berkahwin.Justeru itu akibat kedegilan st. dia dihukum bunuh pada 14 febuari. Hari memperingati kejatuhan islam dan kematian st valentine.

Pelbagai lagi versi mengenai valentine. Apa pun kisahnya dlm Link rujukan catolik ensiklopedia:http://www.newadvent.org/cathen/15254a.htm 
menyatakan st valentine mati syahid kerana memperjuangkan cinta sejati.

Sebahagian dari  Al-Kafirun ayat 6. Artinya: "Bagimu agamu, bagiku agamaku". Jelas menunjukkan tidaklah sepatutnya kita mengikuti atau menyambut. Kristian raikan itu adalah perayaannya, adalah haram bagi kite sebagai umat islam menyertainya. “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”-Riwayat Abu Daud

Link lain yg menceritakan sejarah valentine adalah di wikipedia  http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine%27s_Day

"Valentine" tajuk Halaqah malam ni tv 9.Ustaz Syed Norhisyam membincangkan tajuk ni berhujahkan hadis & Al Quran.Permasalahan Kasih Sayang, Rasulullah contoh yang terbaik dalam berkasih sayang..Boleh ikuti siaran ulangan pada 14 Feb 2011 jam 9 pagi.

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...