rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

10 Pekerjaan Aneh Menarik Yang Memberi Kehidupan

Setiap hari adalah permulaan bagi hari yang baru. Perjalanan kehidupan perlu diteruskan dengan menjalankan tanggungjawab atas kerja yang telah diamanahkan atau diterima. Kadangkala minda difikiran berlegar-legar diawangan menginginkan tugas dan cabaran yang berlainan. Apakah bidang pekerjaan yang mendatangkan jumlah pendapatan yang besar dalam masa yang singkat? atau pekerjaan apakah yang kurang cabaran mahupun tugasan dalam melakukannya?
Jika melihat rancangan Discovery Chanel slot " Dirty Jobs " mungkin membuatkan anda lebih mensyukuri dengan bidang pekerjaan yang sedang anda lakukan atau lebih mencemburui bidang pekerjaan mereka.Mencari Kerja kosong anda boleh layari Isijawatankosong.Ada sejumlah besar masyarakat di luar sana, yang melakukan pekerjaan yang kita bahkan tidak memahaminya. Pekerjaan yang tidak nampak keperluan mereka harus ada dan membuatkan kita semua tertanya-tanya . Tetapi melalui bidang pekerjaan inilah mereka beroleh pekerjaan. Susunan bidang pekerjaan ini tidak dalam urutan tertentu dan tidak berdaftar dalam hal keanehan, bahawa keputusan akan diserahkan kepada anda.Berikut adalah antara bidang pekerjaan yang memberikan pekerjanya ruang untuk terus hidup:


1.       Penulis Ramalan
Kita semua mungkin pernah terfikir siapakah yang menulis beberapa ramalan di dalam majalah/ akhbar yang membolehkan manusia mempercayainya. ( Harus diingatkan mempercayai perkara ramalan dikategorikan sebagai perbuatan syirik.)

2.       Inspektor Dadu
Dengan satu gerakan palsu, seseorang boleh kehilangan sedikit wang di meja judi. Inspektor menyemak dadu secara proporsionalis, melihat dadu secara sudut khusus .Jika dadu didapati tidak sempurna mereka tidak boleh menjadi alasan bagi anda muflis di kasino. ( Hukum berjudi haram)

3.       Tukang Uji Penggunaan Perabot
Pernah melihat mesin uji di IKEA yang menunjukkan daya tahan dari produk mereka? Bayangkan bidang pekerjaan itu untuk manusia lakukan.

4.       Penguji Bunyian Wisel
Mereka yang bekerja didalam bidang ini pastinya cukup mahir dengan muzik dan bunyian.

5.       Penguji Makanan Anjing
Seperti makanan lain, makanan anjing juga perlu diuji untuk menjaga rasa dan kualiti. Mungkin kerana tdk boleh menggunakan anjing dan pastinya rasa makanan ini memiliki rasa hidangan yang hebat untuk dihadam.

6.       Penyelam Bola Golf
Setiap kali membuat pukulan, sekitar tiga biji bola akan singgah ke dalam air dan boleh dikatakan sebahagian besar akan masuk. Aktiviti ini boleh dilihat disekitar padang golf dimana pengutip bola akan menyelam dan membersihkannya untuk dijual kembali. Bola golf yang dijual ini lebih murah daripada yang baru, kebiasaanya dikira RM 1-2 sebiji.

7.       Penyiasat Binatang Peliharaan
Mungkin tidak mengetahuinya jika ia bukan kerana sebuah persembahan Ace Ventura, detektif haiwan kesayangan, dipaparkan betapa pentingnya tugasan ini, terutama jika haiwan kehilangan itu adalah teman kesayangan orang kaya.

8.     Pemain Video Games
Mungkin menganggapnya bukan pekerjaan. Akan tetapi hanya dengan bermain game, pemainnya mampu mendapatkan keuntungan hasil jualan dengan duit sebenar untuk pemilikan bangunan atau karekter secara maya.

9.       Juruterapi Ketawa
Mengambil pepatah lama "Ketawa penawar duka". Ketawa diakui untuk menghilangkan rasa sakit dan stres dan memberikan sumbangan untuk kesihatan keseluruhan seseorang dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang. Mendapatkan ketawa yang baik dan membantu mereka yang perlu ketenangan.

10.   Tukang Bau Wangian / Kopi
Beberapa pengkaji kimia memerlukan mereka untuk mengenal pasti reaksi terhadap keluaran produk wangian. Jawatan ini juga ini cukup sinonim dengan tukang bau kopi yang gajinya kadangkala mencecah ribuan ringgit untuk memastikan kopi yang berkualiti.

     Sumber dari untuk 27 kerja aneh yang lain: http://www.jobprofiles.org/library/guidance/weird-jobs.htm
     Capaian lain untuk kerja yang aneh yang kotor atau menakutkan:  http://dsc.discovery.com/tv/dirty-jobs/ 
     
    Walau bagaimanapun, sentiasalah bersikap positif setiap kali sampai di tempat kerja. Apa yang perlu anda katakan adalah YEAHOOOoo!! dah sampai tempat kerja! Saya suka kerja saya !! =)



    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...