rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Motor Terapung | Hoverbike

Aerofex sebuah firma dari Amerika Syarikat, menginovasikan penerbangan dengan teknologi yang akan memberi faedah dan anjakan terhadap kenderaan. Berinspirasikan daripada Star Wars, prototaip Flying Speeder Bike berjaya dihasilkan. Angan-angan motor terbang semakin hampir menjadi kenyataan.

Read more...

Poster Ais Krim Walls

Renata El Dib pereka konsep untuk pengiklanan poster ais krim Walls ( Kibon). Poster ini dicetak dua bahagian. Satu permukaan untuk mengingatkan kepada yang melihat, akan tarikan tekstur ais krim. Manakala dibahagian belakang adalah merujuk kepada kon ais krim.  Idea ringkas dan menarik, kadangkala tidak ramai yang dapat memikirkannya.

Read more...

Harga Rumah 1970-2012

Tahun ke tahun peningkatan kos sara hidup kian meningkat. Laporan daripada akhbar The Star, perbezaan dalam masa anggaran 32 tahun. Nilaian hartanah memiliki kenaikan berkali ganda. Perbezaan untuk jenis rumah teres setingkat, rumah teres 2 tingkat, semi D dan banglo.

p/s: xpayah hidup nak bergaya sangat.. takut nanti x beharta... nyimpan2 la ye :)

Read more...

Apa itu Sang Saka Malaya | Bendera Merah Putih

Tukar Bendera Malaysia tuntut sesetengah pihak. Lalu diusulkan untuk menukarnya dengan Sang Saka Malaya / Sang Saka Merdeka ( diubah mengikut kesesuaian kini untuk tidak kelihatan seperti negara komunis). Ada juga sebahagian yang sekadar ingin memaklumkan tentang sejarah yang tidak diceritakan. Ada yang mengkeji , ada yang menuduh mereka bukan daripada kumpulan tertentu. Isu timbul di malam ambang merdeka Janji Demokrasi, maka adalah kesedaran untuk melihat punca kewujudannya. Mengakulah Singa Selatan, mereka yang mengibarkan tanpa mewakili mana-mana pihak. Dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar dan pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut. 12 bintang membawa erti 12 negeri bergabung di Malaya. Bendera inilah lambang Malaya merdeka. Warna Merah Putih punya riwayat erti besar yang tertentu bagi sebahagian penduduk di Nusantara. Merah bermakna darah, putih bermakna suci, maka darah yang berjuang yang mengalir itu adalah suci. ( klik setiap link berwarna untuk artikel penuh).
Maksud >> Bendera Rakyat 1947

 Keratan akhbar Bendera Malaya Merdeka ( bendera rakyat) daripada The Straits Time 11 Nov 1947 dan Akhbar Utusan Melayu 11 Dis 1947. - via 10tahun


Read more...

Keputusan FB Cover Photo Raya Contest 2012

Pertandingan FB Cover Photo Raya yang bermula dari 10 Ogos 2012 telah berakhir 25 Ogos 2012 yang lalu. Setelah seharian berbincang dengan AfzalSukasuki. Keputusan dibuat dengan mengambil kira keaslian, 20% undian LIKE, 40% [kreativiti, tema raya, kesungguhan ( effort), teknik dan rekaan]. Walau bagaimanapun pemenang-pemenang yang dipilih mungkin kurang dari sudut rekaan, tetapi memiliki faktor kelebihan untuk sesetengah aspek yang diperlukan. (cth: lebih markah undi kurang markah rekaan... lebih markah rekaan kurang markah undi.. rekaan tinggi, design tinggi..tema ditepati.. undi kurang dll). Tahniah kepada yag berjaya, kepada yang tidak cuba lagi dimasa akan datang. Keputusan adalah muktamad. Maka kami sepakat setelah menimbang tara semua penyertan, Pemenang Hadiah Utama (claim dengan Afzal / beg tangan pattyblossomblogshop) adalah:
Nurul Ain Yassin

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...