rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Menconteng Kapal Terbang

Sebuah Muzium Udara dan Angkasa Pima di Tucson, Arizona. Mengambil pesawat lama tentera yang tidak digunakan untuk dijadikan sebagai tempat luahan artistik kepada pelukis seperti Futura, El Mac, dan Aiko / Eric Foss. Sebuah usaha baik dalam mengguna semula bahan terbuang dan dijadikansebagai karya pameran.


p/s: g conteng2 kereta potong ok gak ni.. doodles saiz besar.. :)

Read more...

Seni Jalanan | 183Art

Pavel Puhov dikenali dengan 183Art, adalah seorang artis Rusia yang mengabadikan kebolehannya dengan keadaan sekitar yang berkait dengan suasana di bandar. Sebuah karya seni jalanan yang kadangkala disalah tafsir sebagai Vandalisma yang seharusnya dilihat bagaimana cara ianya disampaikan.


p/s: menarikkan :)

Read more...

Poster Silhouette Star Wars

Mengambil 6 titik penting dalam filem Star Wars sebagai hasil kerja posternya khas untuk peminat kipas susah mati Star Wars. Disampaikan dengan mengambil silhouette ( garis luar) watak, ianya cukup mudah untuk difahami dan secara ringkas menyatakan scene (bahagian) filem itu berlansung. Sumber akastarwarskid


p/s: tengok outline( garis luar/ bayang) sudah tahu watak siapa.. :) 

Read more...

UiTM IDE DEGREE SHOW 2012

Sedikit paparan teaser dari Industrial Design Degree Show 2012 | UiTM. Apa yang telaah dipaparkan pada hari tersebut.


p/s: sorry kesibukan =.='

Read more...

Seni Binaan Kertas Origami

Ingrid Siliakus, artis dari Belanda yang mendapat latihan dan ilham dari Jepun. Menghasilkan keindahan kertas. Seni binaan origami yang sangat mempersonakan. Menyampaikan dengan tekun imaginasi seni bina dan ruang. Beliau pernah menyertai pameran Holland Paper Exhibition 2006. (saya sangat suka origami... =)


p/s: origami dan poligami adalah perkara berbeza :P

Read more...

Loomi | Lampu Sulaman David Sosnow

Sebuah projek permulaan inovatif dengan konsep modular berharga $30. Loomi, idea menarik konsep ini telah banyak tersebar diciplak dan dihasilkan dalam kuantiti yang besar untuk tujuan perniagaan. Kurang yang mengetahui idea idea sulaman tenunan lampu ini asalnya adalah milik David Sosnow.


p/s:modular, makeable, paintable, recyclable.. =) 

Read more...

Doa Mencari Kepastian Kekasih

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Yang  Maha Mengerti,
Gantikanlah yang Telah Hilang ,
Tumbuhkanlah yang Telah Patah,
Meskipun Tidak Sama dengan Dirinya,
Ku Pohon Ya Allah,
Agar Kau Lesapkan Perasaan Ini,
Biar Sekuat Manapun Ku Menyintainya,
Tetapi Ya Allah,
Seandainya Kau Telah Takdirkan 
(...nama.....) Sememangnya Milikku,
Ku Pohon Kau Kuatkan Lagi Cintanya kepada Ku,
Seperti Kuatnya Ku Mencintainya & Tuhanku,
Yang Maha Menyayangi,
Seiringkanlah Kami dalam Mengharungi Hidup,
Yang Maha Luas Ini,
Ketipkan Sejahtera kerana aku Pasti,
Itulah Jauhari yang Sejati dariMU,
Yang Maha Mengetahui,
AMIN..

p/s: daripada Dia kita datang.. kepadaNya kita meminta pertolongan...

Read more...

Tinggal Solat itu Jenayah


p/s: maaf kpada pembaca.. saya sedang travel pantai timur.. lmbt sikit entri =.='

Read more...

4moms Origami Stroller - Kereta Tolak Bayi


p/s: sgt efisyen buat mereka yg memiliki anak kecil.. rs mcm nk naik pulak :P

Read more...

31 Fakta Menarik Perihal Wanita


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. (Wanita/ Lelaki) Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannyakepada isteri.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan.
Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan.
Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

p/s: wanita itu hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah..

Read more...

Kereta Kaku Tetapi Bergerak


Sebuah persembahan kreatif daripada kumpulan Radugadesign untuk Marlboro dalam menjelmakan kehebatan Audi. Dipamerkan di Moscow pada 10 Disember 2011

p/s: hebatnya.. :)

Read more...

INDUSTRIAL DESIGN DEGREE SHOW JAN 2012 – D I M E N S I


Tarikh : 20-21 Januari 2012
Masa Pameran : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Foyer Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Pameran ini merangkumi tema “ Product Design : Caring for The Community”, “Transport Design : Mark Identity” dan “Furniture Design : Improving Quality of Life – Outdoor / Indoor Seating Object”.Justeru itu pihak Jabatan Seni Reka Perindustrian dengan hormatnya ingin menjemput tuan/puan dan pelajar ke majlis di atas.


p/s: Terima kasih atas makluman daripada Puan Salwa Isa.

Read more...

Kerusi Sarang Burung

Nina Bruun, 26 yang berasal daripada Copenhagen. Membentuk sebuah rekaan kerusi berilhamkan daripada sarang burung. Dihasilkan dari pintalan kepingan kayu bagi membentuk sebuah struktur kerusi yang kuat, juga disertakan dengan kusyen empuk. Kerusi ini memenangi Anugerah Utama Sydform 2010, sebuah pertandingan khas untuk pereka Swedish.


p/s: duduk atas kerusi ni sambil makan sup sarang burung.. baru ade feel :P

Read more...

Siapa Diri Anda Di Facebook

Klik untuk tumbesaran. Sumber UJANG
p/s: huhuu :)

Read more...

Fotografi Lukisan Berus Cina

Fotografi Lukisan Berus Cina oleh Don Hong-Oai, seorang artis China yang lahir 1929 dan meninggalkan dunia pada 2004. Mengimplimentasikan gaya lukisan berus Cina dengan gabungan fotografi. Sebuah pertembungan teknologi barat dengan gaya seni asia yang dipanggil "Asian Pictorialism". Salah seorang fotografer terkemuka yang memiliki genre sendiri dan memenangi beratus anugerah daripada pelbagai badan di asia dan dunia antaranya Kodak dan Nikon.


p/s: mcm xcaya pakai kamera :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...