Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, Sabah. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia, puncak tertinggi Pulau Borneo dan ke 5 tertinggi di asia tenggara dengan ketinggiannya mencecah 4,095.2 meter dari aras laut. Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang". Laluan untuk ke puncak Low’s Peak boleh didaki dengan permulaan perjalanan daripada Timpohon dan berehat sebentar di Labanrata (6.5 km), kemudian meneruskan perjalan pada 2.30 am keesokannya untuk melihat matahari terbit di puncak (2 km). Para pendaki bakal diuji dengan ketahanan fizikal dan mental, menghadapi suhu sejuk yang akan bermula daripada Labanrata dengan suhu dibawah 10°celcius hingga ke -2°celcius dipuncak sekiranya hujan. Menurut penduduk tempatan, 60% pendaki adalah terdiri daripada pelancong Australia dan Eropah.
p/s: rekod masa terpantas naik gunung ni 2 jam lebih +-+”
p/s: rekod masa terpantas naik gunung ni 2 jam lebih +-+”
5 comments:
bestnya dpt mendaki
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.
Huyyo.. Lawala view die.. Mcm kat switzerland la ayampenyekk.. Hihihih..
Bestnya view atas gunung tu.. kalau aida daki lah bukan 2 jam mahu 2 hari kot baru sampai puncak. hehe.
bile la boleh rase dejavu di kinabalu ni. :)
Post a Comment