rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Loghat Terengganu

Gambar 1.0: Ni bru siket..klo wak tubik blake jenoh org luor nk ngapal..hahaa

Gambar di atas menunjukkan serba sedikit loghat Terengganu yang akan anda dengar jika orang Terengganu bercakap. Tidaklah seperti seloroh ayat yang biasa didengar  iaitu orang terengganu x makan ikan, tetapi "makang ikang". Selama mempelajari dan mengamati loghat ini, apa yang diamati. Loghat Terengganu ada penambah perisa atau kata ganda di hujung ayatnya buat menambah perasa.Contoh-contoh untuk menyatakan keadaan- keadaan yang lain :
  1. Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
  2. Panas dering = sangat panas
  3. Sejuk siak = Sangat sejuk
  4. Ogeh-ogeh = goyang
  5. Krhek / sokmo =  Selalu
  6. Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
  7. Pelekong ceytong = baling gayung
  8. Manih leting = sangat manis
  9. Masam rebang = sangat masam
  10. Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
  11. Pahit lepang = sangat pahit
  12. Tawar hebey = sangat tawar
  13. Serek = berhenti
Dipelajari dan diajar oleh Sharih Ahmad  dan  gambar dari group FB I Love Loghat Terengganu . Terima kasih jua pada rakyat-rakyat jelata Terengganu yang lain. LIKE  =)




Read more...

Sony Rolly membuatkan muzik anda bergerak

"Sony Rolly- make your music move."Sedikit janggal apabila diterjemahkan. Berbentuk kapsul ianya adalah "portable digital music player" yang direka oleh sony, mengabungkan fungsi muzik dangan tarian robot. Memiliki  2 roda yang berpusing dan bercahaya seperti di dalam filem TRON. Ianya dilengkapi dengan fungsi Bluetooth, membolehkan ianya dimainkan secara terus mengunakan handphone, komputer atau mp3 player. Juga memiliki sensor "G force"  untuk mengenal pasti kapsul berada didalam keadaan melintang atau menegak untuk mengawal dengan fungsi gegaran ( shake).

Rolly sebenarnya telah lama dilancarkan pada 20 Ogos 2007 sebagai pengenalan dan secara rasminya pada 20 september 2007. Mula memasuki pasaran Jepun 29 september 2007. Dijual secara online di amerika syarikat dengan harga $229.9 USD- $399.99 USD bersamaan RM 915.86-RM 1221.17 didapati dalam warna putih dan hitam. Pengeluarannya dikhabarkan telah dihentikan di pasaran dan ianya diakui oleh pihak US.sonystyle.com dan Sony's UK online store. Bagaimanapun Rolly belum menembusi pasaran Malaysia.





Read more...

Perkahwinan Ayu Raudah & Zaquan

Nah hamek sesapa yg nk tengok gambar artis.. diambil oleh Asmady ahmad








Ni lah Asmadi Ahmad




Read more...

Menjadi Gelandangan terpaksa atau sengaja....

Gelandangan bagi yang baru mendengar perkataan ini mungkin sedikit kekok atau pelik. Melihat di TV3 slot 360. Ianya merujuk kepada istilah  perkataan yang ditujukan kepada orang-orang yang mengalami keadaan tunawisma.Tunawisma/gelandangan atau di dalam bahasa inggeris disebut " Homeless". Orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan berdasarkan berbagai alasan harus tinggal di bawah jambatan, taman umum, pinggir jalan, pinggir sungai atau dimana shaja kawasan umum lain untuk tidur dan menjalankan kehidupan seharian. Sebagai pembatas wilayah dan milik pribadi, tunawisma sering menggunakan lembaran atau hamparan surat khabar, zink atau aluminium, plastik, selimut, kereta sorong, atau apa sahaja yang sesuai dengan keadaan geografi kawasan ianya berada.

Ada juga yang menggunakan papan-papan iklan sebagai tempat untuk menyangkut pakaian.Di negara-negara maju, kebanyakan yang menjadi gelandangan segelintirnya bukan kerana kemiskinan atau tidak memiliki wang, tapi ingin bebas dari keluarga atau tanggung jawab, mahupun ada juga sebahagian daripada mereka adalah penagih. Di Amerika Syarikat, industrialis Howard Hughes pernah untuk sementara waktu memutuskan untuk menjadi gelandangan. Sewaktu Perang Vietnam anak muda Amerika Syarikat dengan sengaja berkeinginan menjadi gelandangan, kerana orang tanpa alamat yang jelas tidak menerima surat undangan wajib ketenteraan.

Apa yang dipaparkan di TV3 menunjukan kehidupan mereka. Bukan semuanya adalah kerelaan.Mereka jua manusia biasa yang dihimpit permasalahan. Segelintirnya adalah dadah, akibat tekanan yang luar biasa dari keluarga (tiada sokongan) dan kemiskinan. Ada juga yang berpendapatan, akan tetapi jika hanya gaji RM500 sebulan di ibu kota, ada benarnya jua lebih baik menghantar duit ke kampung halaman, daripada membayar duit bilik sewa yang beratus sebulan. Tidur di tepi jalanan mungkin dipandang hina. Tetapi permasalahan mereka juga harus diambil kira. Badan Sukarelawan dari Reachout  dan Rumah Sinar Alam antara yang bergerak aktif membantu mereka. Mungkin apa yang mereka perlu adalah cuba melakukan sesuatu dengan kebolehan diri untuk keluar dari kepompong. Jika tidak matinya mungkin tiada siapa yang tahu...


Read more...

Valentine Hari Si Mawar Merah

Minggu Valentine Feb 7-14 . Hari-hari countdown menanti untuk diraikan.

Feb 7: Rose day
Feb 8: Propose day
Feb 9: Chocolate day
Feb 10: Teddy Day
Feb 11: Promise Day
Feb 12: Hug Day
Feb 13: Kiss Day
Feb 14: Valentine Day


Di susun atucaranya sebelum sampai ke harinya. Ada yg tidak sabar menanti.Hari raya cinta?
pelbagai sejarah atau versi menceritakan bagaimana Hari Valentine terbentuk. Hari mawar merah penanda bermulanya minggu Valentine.Apa yang pasti Valentine adalah nama seorang paderi Saint Valentino.Perbincangan ilmiah mengenai isu ini di Halaqah TV9 pada 8 Febuari 2011 mungkin tidak dilihat oleh mereka yang ingin menyambutnya. Justeru saya kongsi serba sedikit pengisian dari rancangan televisyen tersebut.Antaranya:

Versi pertama: Pesta sebelum kedatangan Kristian ke rom, Pesta Lupesaliya disambut dr 13-18 Febuari yang mana menyembah dewi cinta yg bernama Juno Februata, yg mana pada malam pesta nama gadis-gadis Rom ditulis dlm helaian kertas dimasukan ke dlm sebuah bekas. Pemuda2 rom yg ada pada ketika itu akan mencabut nama di dalam bekas itu. Maka nama gadis yg terpilih, gadis itulah yg menjadi buat peneman nafsu mereka selama setahun.

Versi Ke2: Hari memperingati kematian st. valentine yang diseksa dan dibunuh oleh Raja Romawi (raja menyembah dewa-dewi) ketika itu kerana menyebarkan agama kristian.St valentine membantu banduan2 lain melarikan diri ketika di dlm penjara sambil mnyebarkan agama kristian lalu ramai yg kagum dgn kebolehannya menyambut hari memperingati kematiannya. Sebelum st valentine mati dia menulis sepucuk surat cinta kpd gadis yg dicintainya (ank seorang pegawai penjara).. from your Valentine.

Versi Ke3: St valentine merupakan ikon kasih syg yg mengahwinkan ramai tentera-tentera muda rom, pada ketika itu Raja rom tdk membenarkan utk tentera berkahwin kerana dikuatiri kurang prestasi serta mengakibatkan tdk ramai yg ingin keluar berperang. Sempena memperingati st valantine yg dihukum bunuh oleh raja rom pada 14 febuari.

Versi Ke4: St valentine merupakan paderi berpangkat bawah dari POPE yg menjadi tunjang belakang yang membantu raja izabela menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol. Maka raja menghadiahkan apa sahaja permintaan st valentine.Lalu dia meminta utk dikahwinkan dgn seorang gadis yg bermahzab protestant. Raja tidak memberi kebenaran kerana st dan raja berfahaman katolik maka tidak boleh berkahwin.Justeru itu akibat kedegilan st. dia dihukum bunuh pada 14 febuari. Hari memperingati kejatuhan islam dan kematian st valentine.

Pelbagai lagi versi mengenai valentine. Apa pun kisahnya dlm Link rujukan catolik ensiklopedia:http://www.newadvent.org/cathen/15254a.htm 
menyatakan st valentine mati syahid kerana memperjuangkan cinta sejati.

Sebahagian dari  Al-Kafirun ayat 6. Artinya: "Bagimu agamu, bagiku agamaku". Jelas menunjukkan tidaklah sepatutnya kita mengikuti atau menyambut. Kristian raikan itu adalah perayaannya, adalah haram bagi kite sebagai umat islam menyertainya. “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”-Riwayat Abu Daud

Link lain yg menceritakan sejarah valentine adalah di wikipedia  http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine%27s_Day

"Valentine" tajuk Halaqah malam ni tv 9.Ustaz Syed Norhisyam membincangkan tajuk ni berhujahkan hadis & Al Quran.Permasalahan Kasih Sayang, Rasulullah contoh yang terbaik dalam berkasih sayang..Boleh ikuti siaran ulangan pada 14 Feb 2011 jam 9 pagi.

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day



Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...