rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Ijan's Burger yang Mengiurkan

Ramly burger telah berjaya membantu usahawan muda untuk berniaga kecil-kecilan dan menaikkan nama Malaysia. Hasrat murni pengasasnya untuk mula membuat pinjaman pernah diperlekehkan dengan kata " Orang Melayu tak makan burger". Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini berbangga dengan hasil sejuk bekunya yang menular seluruh Malaysia dan Singapura.
 
Antara gerai yang boleh dibanggakan adalah burger ijan di Paroi Jaya, N.Sembilan. Telah bertapak sejak 1995. Pernah mendapat review di rancangan Warung Kita Astro. Bermula dari gerai yang kecil pemiliknya kini boleh berbangga atas permintaan yang menggalakkan sehingga menjadi seperti sebuah restauran burger. Tidak terlanjur menyatakan lebih sedap dari restaurant badut..hehe "umangai den kato sodap bai tu..".

Dah siap buka 6 pek daging dan ayam untuk dimasak
Gerai burger yang siap ada peti ais
Menerima tempahan kalau takut tunggu lama
Gambar sendiri dan ada diambil dari blogwidura.

p/s: ebby yus, abon pun pernah datang sini... tempat wajib kalau datang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.. selalu beli sebab tusyen dekat2 situ huhu..



1 comments:

Alif Haris said... Reply To This Comment

fuuhh .. serius buat gua lapar entri ni ..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...