rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Masa Tak Menunggu Lambat Layu


BAGI peminat setia drama bersiri Cita dan Cinta lakonan Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah yang kini sedang rancak bersiaran di saluran TV9, pastinya mereka akan turut dihiburkan dengan lagu berjudul Lambat Layu. Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan indie yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabba Gabba. Tidak dinafikan bahawa menerusi lagu itu menjadikan mereka kini semakin dikenali ramai.Bagi kebanyakan peminat muzik di negara ini, tentu ada yang beranggapan kumpulan tersebut baru sahaja ditubuhkan. Namun ia sebenarnya sudah wujud sejak pertengahan tahun lalu dan hanya pada tahun ini mereka mula aktif membuat pertunjukan.

Gabba Gabba dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Tengku Shafiz-Rullah (Ash), Tengku Daud Shah (Daud), Muhd Ridzuan Mohd Ali (Wan Jah), Tengku Indra As Syafiee (Indra), Mohd Khairul Annuar (An) dan Ku Afzainizam Ku Majid (Paku).
Mengenai keunikan yang terdapat pada nama kumpulan tersebut, Ash selaku vokalis utama menjelaskan nama Gabba Gabba diperolehi adalah melalui inspirasi kumpulan punk terkenal, The Ramones. "Sebenarnya kami sangat meminati kumpulan The Ramones yang memang cukup popular di Amerika Syarikat, manakala Gabba Gabba pula adalah salah satu watak kartun yang diminati kumpulan tersebut.

Sebelum Gabba Gabba ditubuhkan, kumpulan berkenaan sebenarnya terlebih dahulu dikenali sebagai Bau yang popular menerusi lagu-lagu seperti Warkah dan Keranamu beberapa tahun yang lalu. Selain Ash yang merupakan pengasas kepada kumpulan Bau, An juga adalah salah seorang anggota ahli kumpulan berkenaan yang kini terus kekal bersama Gabba Gabba.

Apabila ditanya mengenai status tentang kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 2002 itu, Ash menjelaskan bahawa boleh dikatakan Bau sebenarnya sudah dibubarkan.
"Tidak dinafikan kumpulan lama saya itu pernah mendapat perhatian sebelum ini dan ada lagu-lagu yang menjadi siulan ramai seperti lagu Warkah, tetapi akhirnya ia terpaksa dibubarkan kerana wujud masalah dalaman."Namun itu semua cerita lama dan kini saya mahu memberi lebih tumpuan kepada Gabba Gabba dan saya berharap agar peminat dapat menerima kehadiran kami dalam industri ini," ujarnya.

Ditanya mengenai kemunculan banyak kumpulan indie ketika ini, Ash menganggap ia merupakan satu perkembangan yang sihat dan jelas menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya tidak pernah ketandusan pemuzik berbakat.Menurutnya lagi, kemunculan kumpulan indie dilihat memeriahkan lagi industri muzik tempatan, apatah lagi kebanyakannya berkemampuan untuk menghasilkan lagu-lagu sendiri.

"Sebenarnya setiap band indie di negara ini saling mengenali antara satu sama lain dan kami menganggap persaingan yang wujud ini adalah sebuah persaingan yang sihat.
"Malah, kami bersedia untuk menjalinkan kolaborasi dengan mana-mana kumpulan indie yang lain seperti dilakukan API yang popular menerusi lagu Pelita," ujarnya. -Sumber dari KOSMO


p/s: masa x menunggu .. byk kje bile nk siap nih ades..



5 comments:

Ain said... Reply To This Comment

errr tak tgk cerita tu -.- dan 1st time dgr lagu ni dan ianya sangat best. hahaa


p/s: siapkan keje tu cepat!

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

serius akak tak tgk citer nih...

Izzaty Ishak said... Reply To This Comment

Band ni semuanya tengku. Pergh. Mcm best la jugak. Nak cekidaut la cita ni nanti.

Karya Hati said... Reply To This Comment

npe cm x pnh je tau cite tu..adoihhh...

APAN said... Reply To This Comment

loh...aku ingat bau tu band indon...

lagu yg ni layan gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...