rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Kereta Jualan Terbaik Malaysia - Januari 2012


Analisis Jualan Kenderaan Bulan Januari 2012


Top 7 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Perodua Myvi   - 7,107
2) Proton Saga      - 5,285
3) Perodua Viva    - 3,596
4) Proton Persona - 3,221
5) Perodua Alza    - 2,921
6) Proton Exora    - 2,176
7) Proton Inspira   - 716



Top 11 imported vehicles - Kereta import
1) Toyota Vios              - 2,145
2) Toyota Hilux             - 1,487
3) Nissan Grand Livina  - 916
4) Mitsubishi Triton       - 492
5) Suzuki Swift             - 490
6) Toyota Innova          - 485
7) Kia Forte                  - 469
8) Nissan Teana            - 448
9) Nissan Sylphy           - 288
10) Honda Insight          - 261
11) Ford Fiesta              - 253

*Statistik daripada Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s: permulaan perlahan untuk jualan awal bulan pertama 2012..

Read more...

Sekeping Meja Lipat Arkitek

Robert van Embricqs perekabentuk arkitek dari Belanda memikirkan sebuah rekabentuk perabot meja ringkas. Mampu menjadi sekeping lipatan yang rata ianya direkabentuk menggunakan kayu. Pada 2011 beliau mengukuhkan kedudukannya di Amsterdam dengan rekaan lipatan arkiteknya untuk model bersaiz besar dan kecil.


p/s: ;) menarik.. 

Read more...

Jawatan Kosong Les Copaque Production Sdn. Bhd.

Suspek berikut diperlukan untuk soal siasat di Les Copaque: 3D animator, 3D Modeller, Artis Konsep, Storyboard Artis, pereka grafik dan pereka laman web.


p/s: peluang bagi mereka yang berbakat ;)

Read more...

iPad itu alas Memotong di Dapur

Ipad itu gajet yang canggih. Lebih bernilai dan nampak hebat jika ianya sebagai alas memotong didapur.. =.='


p/s: nak beli satu gakla nak wat mcm ni huhuhu :P

Read more...

Pejabat Lego

Terletak di Billund, Denmark. Rosan Bosch merekabentuk pejabat LEGO untuk memberi ketenangan, relaks dan keselesaan kepada pekerja . Sesuai dengan status LEGO sebagai sebuah syarikat permainan utama dunia. Keadaan tempat kerja yang santai dan memberikan keseronokan bekerja.


p/s: santai formal bila perlu :D

Read more...

PS Vita - Dunia dalam Permainan

Iklan permainan konsol Ps Vita dengan tema " The World Is In Play".  Diarahkan oleh Cary Fukunaga untuk Sony Playstation. Membuatkan anda merasai dunia permainan sebenar.


p/s: lama x main game :P

Read more...

Gambar Sebelum Pernikahan dan Persandingan Lisa Surihani 26/02/2012





p/s: 26 hb.. menanti gambar2 terbaik dari PP :)

Read more...

Manusia Terbang di New York

Melihat manusia terbang di depan mata adalah sesuatu kebarangkalian yang amat mustahil, kecuali jika ada manusia terjun dari bangunan yang tinggi. Mahupun hanya sekadar melihat watak adiwira Superman di tv. Tiga watak terbang ini juga bukanlah PowerPuff Girls. Tiga rupa bentuk figura manusia ini dikawal oleh kawalan jauh. Membuatkan sesiapa sahaja melihatnya terpedaya dengan ilusi mata. Sebahagian dari gimik perniagaan buat melengkapi senarai filem 2012 yang bertajuk Chronical. Sumber dailymail.



p/s: teringat cerita Orang Terbang di Tv3 suatu masa dahulu.. :) 

Read more...

25 Pesanan Luqman Al-Hakim

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya

Pesanan 1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Pesanan 2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan 3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan 4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan 5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan 6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan 7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

Pesanan 8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

Pesanan 9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Pesanan 10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan 11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan 12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan 13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Pesanan 14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

Pesanan 15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Pesanan 16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Pesanan 17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Pesanan 18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan 19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan 20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

Pesanan 21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan 22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan 23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Pesanan 24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan 25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

Sumber : http://alpalupa.blogspot.com/

p/s:  selamat beramal :)

Read more...

Gambar Rasmi Perkahwinan Yusry Kru & Lisa Surihani 2012

Pretty Peektures adalah merupakan photographer rasmi untuk hari bahagia buat Lisa Surihani dan Yusry. Merakamkan saat manis dan bahagia di majlis rasmi pernikahan dan persandingan pada 23 dan 26 Febuari 2012. Pretty Peektures, syarikat fotografi perkahwinan profesional yang bertapak di Subang Jaya. Telah banyak merakamkan gambar untuk perkahwinan vvip, artis, malahan untuk majalah utama serta rancangan televisyen tempatan.


p/s:selamat pengantin baharu.. selamat tinggal lisa.. =P

Read more...

22 Februari 2012 | Proton Yes

Proton dengan kerjasama YES (milik YTL Communication Sdn. Bhd.) berkolaborasi menghasilkan kenderaan nasional pertama berinternet 4g. Rim 18 inchi, 3 buah iPad 2 wifi dan YES Hunddle  4G Hotspot antara tarikan kereta inspira ini. Berminat untuk memenangi kereta ini boleh melayari laman FB YES juga PROTON. Pertandingan akan berakhir 27 Mac 2012.

Klik untuk Tumbesaran.

p/s: Maaf kerana lambat memuat naik info berita ini. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Read more...

Proton Persona Replacement | P3-21A

Sumber gambar dari Aku Along Usop


p/s: xlame dah tu.. x lama lagi keluar la ni.. ;P

Read more...

Lukisan dari Secawan Kopi & Bola Keranjang

Red Hong artis seni dari Malaysia yang berpengkalan pekerjaan di Shanghai. Memiliki bakat unik tersendiri, memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang sukakan lukisan tetapi tidak melukis/mewarna menggunakan berus lukisan. Antara hasil kerjanya ialah daripada lelehan kopi bawah bulatan cawan, juga potret Yao Ming daripada bola keranjang.




p/s:Oh !!! Saya Nampak Merah

Read more...

Fincube Rumah Pintar Nomad

Terletak di lereng bukit utara Itali. Sebuah projek Fincube oleh Studio Berlin - Aisslinger pembinaan penginapan modular yang minimalis sesuai untuk ( penempatan sementara). Keseluruhan binaan sebahagiannya adalah daripada kayu. Projek rekaan rumah pintar tahun 2008 ini bertujuan mewujudkan penempatan yang mesra alam, sustainable, dan memudahkan pengangkutan.



p/s: dah duduk sini, xduduk sementara de.. :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...