rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Myvi Baru 2011





Seperti yang semua telah maklum, pengeluar kereta nasional kedua iaitu Perodua bakal melancarkan model gantian Myvi yang menurut sumber adalah pada bulan April ini. Sekarang ini pun pihak mereka sibuk membuat iklan di konti radio di mana pembeli Myvi sekarang akan mendapat rebat RM2000 mungkin untuk mengekalkan momentum jualan dan penghabisan stok. Menurut pengarah urusannya, Myvi kali ini juga akan ditawarkan dengan varian 1.5liter berbanding hanya 1.3liter sahaja untuk model sekarang.

Pada kebiasaanya, model yang disalin semula daripada model Toyota Passo atau Daihatsu Boon ini mengekalkan profil sisi tetapi mengubah rekabentuk hadapan dan belakang. Panel instrumen atau dashboardnya juga dijangka mendapat rekaan baru untuk lebih sesuai dengan citarasa moderate orang Malaysia berbanding Jepun yang tidak kisah dengan rekaan pelik atau ekstrim.

Menurut sumber industri juga, Myvi ini juga akan menjadi lebih mahal untuk harga jualannya bukan sahaja faktor sesaran enjin tetapi beberapa barang import dari Jepun yang mengalami peningkatan harga akibat peningkatan nilai matawang Yen pada ketika ini. Kotak gear masih lagi diimport dari Jepun dan untuk pengurangan kos, Perodua sedang membangunkan fasiliti pengeluaran kotak gearnya di kilang mereka di Rawang.

Myvi merupakan kereta paling berjaya dalam sejarah automotif negara sejak merdeka dengan jualannya yang begitu banyak terima kasih kepada kualiti, reliabiliti dan teknologi yang ditawarkannya. Enjin DVVT, walaupun ianya adalah tone down teknologi VVT-i Toyota, masih lagi memberi penjimatan dan kuasa digabung dengan QC yang baik terus meletakkan Myvi sebagai pilihan rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti.-sembang-auto.com


video iklan myvi baru lagi best >> MYVI Jun 2011

Read more...

10 Kanser UTAMA Lelaki dan Wanita

Kesedaran Kanser amat dititikberatkan. Jumlah pesakit kanser di Malaysia agak tinggi. 1 daripada 4 orang pesakit mati kerana kanser.Kajian menunjukkan bahawa lelaki mempunyai 46% kebarangkalian untuk mendapat kanser, lebih tinggi daripada wanita, iaitu 36%. Berikut adalah kanser utama untuk LELAKI dan WANITA:

Kanser paling utama dikalangan LELAKI:
  1. Prostrat.  33%.
  2. Paru-paru dan bronkus. 13%
  3. Usus dan rektum. 10%
  4. Salur dan pundi kencing –7%.
  5. Kulit—5%.
  6. Limfoma (Non-Hodgkin Lymphoma)—4%.
  7. Ginjal—3%.
  8. Leukemia—3%.
  9. Mulut-3%.
  10. Pankreas—3%.
Kanser Paling Utama dikalangan WANITA:
  1. Payudara –32%.
  2. Paru-paru dan bronkus—12%.
  3. Usus dan rektum—11%.
  4. ‘Uterine Corpus’—6%.
  5. Limfoma (Non-Hodgkin Lymphoma)—4%.
  6. Kulit—4%
  7. Ovari—3%.
  8. Thyroid—3%.
  9. Pundi kencing—2%.
  10. Pankreas –2%.

Read more...

10 Penyakit Keturunan Di Dunia

10- Botak

Botak. Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.

9 - LACTOSE INTOLERANCE

Lactose Intolerance. Tidak boleh minum susu.

8 - JERAWAT

Jerawat. Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.

7-MELAHIRKAN KEMBAR

Mempunyai Kembar. Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi social anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)

6- PENYAKIT JANTUNG

Penyakit Jantung. Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.

5- OBESITI ( kegemukan)

Obesity. Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.

4 - BULI

Buli. Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.

3 - BUTA WARNA

Buta Warna. 10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.

2 - KANSER PAYUDARA

Kanser Payudara. Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

1 - ALKOHOLIK

Alcoholism. 50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi dinegara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

sumber :  Farmasi
Read more...

10 Lagu dikala Majlis Sukan (Top 10 Sport Event Song) 2009-2010

Sumber : Yahoo Sports
Berikut adalah lagu-lagu yang boleh dijadikan rujukan dikala anda menganjurkan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti sukan, karnival. Sesuai dimainkan sebagai bunyian latar belakang ( bakground songs) menambahkan kerancakan dan kehangatan karnival anda. Maka downloadlah lagu-lagu ini ye... =) tips untuk pusat futsal pula adalah mainkan lagu-lagu tema piala dunia serta lagu yang dapat menaikkan semangat peserta/pemain.

Lagu-lagu lain Motivasi Malaysia yang menaikkan semangat : 

  1. Roy - Barisan Kita 
  2. Ella - Standing in the eyes of the World
  3. Jalur Gemilang
  4. Fikirkan Boleh 
Lagu wajib untuk si Juara

Read more...

Sebuah karya Leen Mafia



27112007 pernah dipost dalam blog freindster....

hidup apakah ini?

bila mencari,
dia lari..
bila brhenti,
dia berlari..

mimpi apakah ini?
erti apakah ini?
bila bersuara,
dia kaku,
bila berkata,
dia membisu,
bila kau membatu,
dia bersuara,

makna apakah ini?
bila sepi,
dia pergi,
bila gembira,
dia tiada,
bila sedih dia membenci,
bila keluar mencari sesuatu,

dia kluar mencarimu…

24 nov 2000 leen mafia..(tok Teh)
Read more...

Loghat Negeri Sembilan

Gambar 2.0: AMEK NI HA.. nak ngapa xdo layo.. banyak laie xklua nih..

Gambar di atas adalah tempias bahagian loghat Terengganu. Maka ini pula untuk Loghat Negeri Sembilan (N9). Dialek atau loghat Negeri Sembilan kebiasaannya adalah dari bangsa Minang. Tidak semua perkataan memerlukan penggunaan konsonan " O " dalam tutur kata. Kadangkala mereka yang cuba/baru belajar bercakap dialek ini akan berbunyi dan bercampur dengan dialek negeri Kelantan. Namun uniknya dialek N9 adalah mereka yang mendengarnya akan (menyonggey) tersengih walaupun dia dimarahi ketika itu. Loghatnya mungkin seperti bunyi yang lucu. Percaya atau tidak, ada beberapa dialek Negeri Sembilan yang menggunakan bahasa Inggeris antaranya : 
  1. Gamen/ Gomen = Goverment  abahkau kojo gomen yo?
  2. Motan = Important (bukan rambutan)  amek yang motan2 yo...(ambil perkara2 penting sahaja)
  3. Kompom = Confirm  ekau kompom nak poie pilahdelpia (kualo pilah) nih?
Anda smuo mungkin tak cayo kato den akan totapi pecayolah...apo pun timo kaseh pado rakyat-rakyat N9 yang membantu. Di bawah adolah filem dimano org nowi 9 menggunokan khidmat Rapers (tukang RAP) dalam nyayian..."nk pulang, x pulang, dah pulang tercongang-congang..."
 


dan ini lagu apo nak dikato...


ayam den lapeh oi oi...nyanyian awek berbakat....

Read more...

Who knows whether its gud or bad luck?

Siapa tahu ianya tuah yg baik atau nasib yang buruk?
This story maybe from old sage... and i hear from Zain Azrai.. Something useful to be share


Ade seorg pemilik kude ni
suatu ari kude die hilang
jiran seblah pon cakap
"Aiyoo bad luck aa u, kuda cantik2 hilang"
then owner kude tu ckp
"Who knows whether its gud o bad luck?"

D next day kude chantek tu bwk kude2 jantan sebanyak 20 ekor ke umah owner die
jiran seblah brkate..
"Waaah gud luck aa u ,dpt 20+ kuda baru "
Owner tu ckp
"Who knows whether its gud luck or bad luck"..

D next day...
anak tokey kude tu naek one of the kude jantan
biasak aa kude da banyak kan
bawak2
jatoh lak patah kaki seblah
jiran seblah berkate .."aiyo bnyk bad luck aa u, anak patah kaki"
then owner kude tu cakap
"who knows whether its bad luck o gud luck?"

Tiba-tiba d next week
Askar dari bandar tgh carik anak2 mude yg sht dan kuat utk brkhidmat kpd negara yg trcinta
anak jiran bnyk ckp tadi terpilih
while anak tokey kuda yg patah kaki tadi brada d rumah bersama bapa tercinta
the toke kude tu berkate..
"theres never been gud or bad luck
its juz how u view things in defferent ways
n being grateful for EVERYTHING! "

-The end-
so?never stop being gratefull.. =) Bersyukurlah dgn apa yg ada..
Read more...

7 Rekaan berharga bawah 5 USD yang menjadikan jutawan dan jutaan


Amerika dengan bangganya menyatakan bahawa mereka adalah negara inovasi dan rekaan dari besar hingga kecil. Benarkah? Emm.. Berikut adalah 7 ciptaan dibawah harga 5 dolar atau lebih rendah yang keluarannya mencecah jutaan dan kadangkala lebih dari itu.

1. Post-it Notes

Anda mungkin menggunakannya paling kurang sekali seumur hidup, kecuali anda tinggal di bwah batu atau kawasan pedalaman. Nota pelekat mulanya adalah pelekat yang gagal di 3M. Gamnya tidak meleket dengan cukup. Arthur Fry yg bekerja di 3M mula menambah gam pada “ Sticky Notes” tersebut di dalam buku laporannya dan beberapa rakan lain mula mengikut jejak langkahnya untuk kegunaan sendiri. “Post-it” kini salah satu penemuan paling mahal yang membuat syarikat jutawan, dan telah berkembang menjadi 4.000 produk yang berbeza.  Idea bernas yang datang dari pelekat yang tidak menjadi. =)

 
2. Crazy Straw

Ibubapa tahu bahawa kanak-kanak kadangkala cerewet dalam pemakanan. Inilah masalah usia pada tahun 1936, Pereka Denver, Arthur P. Gildersleeve mengambil keputusan membengkokkan straw untuk menambah tarikan pada kanak-kanak minum susu dan jus. Rekaan mudah yang berjaya, kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh dunia beberapa dekad selepas ia pertama kali diciptakan.


3. Slinky
 
Rekaan Simple/ringkas oleh Richard James bermula di stor jabatan Gimbel di Philadelphia ( bukan Pilahdelfia, negeri 9) tahun 1945. Berjaya membuat amukan pasaran dari hari pertama. 400 Slinky dijual dalam masa 90 minit. Sejak itu lebih dari 300 juta ++ telah dijual membuatkannya sebagai produk klasik yang murah yang selalu ada dibilik kanak-kanak.

4. Silly Bandz

Jika anda memiliki anak kecil atau anda sendiri mungkin biasa dengan Silly Bandz, sifatnya yang elastic dengan pelbagai bentuk seperti haiwan, bintang rock serta bentuk-bentuk peribadi yang lain. “Wrist band” getah pergelangan tangan nama lain baginya. Menjadi kegilaan sejak beberapa tahun lalu hingga kini ianya terjual 1juta dalam masa seminggu.






5. Pet Rock

Bermula sebagai gurauan dalam pertemuan bersama rakan pada tahun 1975, Gary Dahl berbicara tentang bagaimana sungguh serabut membela haiwan peliharaan. Dan dia lebih sukakan “pet rock” batu peliharaannya. Setelah melepak dengan idea rakan-rakannya, Dahl menulis "The Pet Rock Training Manual" -Panduan Batu peliharaan yang di paketkan di dalam kotak dengan tag harga $3.95 maka lahirlah Pet Rock. Apa yang bermula sebagai gurauan dalam bulan April telah menjadi jualan sebanyak 10,000 Pet Rock sehari dalam bulan Oktober membuatkan Dhl menjadi jutawan. Dianggarkan bahawa perekanya membuat lebih $15juta pada penggal pertama pengeluaran. The Pet Rock kini telah dilupakan, tetapi ciptaannya menunjukkan bahawa kadangkala gurauan dan sedikit kesungguhan boleh membawa kejayaan, keuntungan dan tuah.

6. Antenna Ball

Sukar untuk membayangkan bola antena kecil, tetapi seseorang membuatnya lebih jutaan dollar untuk benda tersebut. 1997, diinspirasikan daripada iklan “ Jack in the Box” ianya mula direka dengan pelbagai jenis “antena ball”. Mula dijual di keda-kedai di California dan mengikat kontrak dengan Wal-Mart. Jason Wall menjadi jutawan, presiden dan CEO untuk In-Concept.



7. Koosh Ball

Lagi contoh rekaan ringkas  yang mebuatkan jutaan dan jutawan oleh Scott Stillinger 1987. Stillinger inginkan bola yang lebih mudah untuk ditangkap anaknya dan beliau mengikat gelang getah bersama maka terciptalah Koosh Ball. Beliau berusaha memperluaskan syarikatnya OddzOn, yang kemudian dibeli oleh  Russ Berrie and Co. Hari inianda masih boleh membeli Koosh Ball untuk beberapa dolar, membuktikan bahawa penemuan yang ringkas mampu bertahan sehingga kini.
 

Mungkin anda kagum dan terinpirasi dengan produk-produk tersebut. Adakah idea anda diperlukan? Kadangkala idea yang bodoh atau pelik itu tidak membantu. 99.9% dari penemuan tidak pernah menjadi produk yang berjaya, jadi jangan terburu-buru untuk melancarkan idea anda lagi. Berita baiknya pereka-pereka ini membuktikan bahawa 1% idea pelik itu mungkin adalah idea yang bagus jika disertai dengan kesungguhan, ketekunan dan sedikit tuah kejayaan. Sumber investopedia.com
Read more...

Perkara Lucu dalam Umat Islam

Artikel sumbangan rakan.. kongsikan dengan yang lain. Ada benarnya apa dikata.

Lucu ya,
Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya,
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya,
Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi
betapa mudahnya
mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya,
Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya,
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya,
Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan
bola sepak, dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya,
Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya,
Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya,
Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya,
Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X.
Read more...

Pocketrocketman Yang Hebat

AZIZULHASNI Awang sudah lama ada ‘sifat pahlawan’ dalam dirinya - mahu menang dengan apa cara sekali pun - jika ada ruang memecut dan awal pagi semalam gelagat itu hampir membawa padah pada diri jaguh trek negara itu.

Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam.

Sekalipun terjatuh, dia tetap bangun mengayuh ke garisan penamat dan hanya sedar kesakitan itu selepas menamatkan perlumbaan sebelum dibawa ke hospital dan tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat gangsa.
Emas dimenangi juara Olimpik dan pencabar sengitnya dari Britain, Chris Hoy yang tidak terbabit dalam pelanggaran itu. Apapun, penawar duka adalah Azizulhasni muncul juara keseluruhan siri Piala Dunia acara berkenaan kali ini.

Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu. “Dia bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak terkena salur darah utama, tisu dan otot betisnya,” katanya. Sumber-Berita Harian.


Read more...

Wajarkah anda diujibakat menjadi penyanyi?

Melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam membuatkan pelbagai perasaan dan pertanyaan. Mungkin benci, ingin tertawa, mengutuk, memuji dan sebagainya. Persoalannya sebelum anda menghadiri ujibakat menjadi penyanyi anda harus jawab soalan-soalan berikut:

1. Bolehkah anda menyanyi?
2. Sedapkah suara anda?
3. Berketerampilankah anda?
4. Ada pakej (hemsem/cantik/suara lunak)?
5. Bersediakah anda menerima kutukan dan hinaan?
6. Perlukah anda menjadi penyanyi?
7. Anda pasti anda orang yang dicari?
8. Mengapa anda orangnya?
9. Sudahkah anda menerima pujian dari puluhan rakan atas nyanyian "merdu" anda?
10 Berapa ramaikah yang mengutuk nyanyian paling "merdu" anda itu?
11.(soalan-soalan seterusnya mungkin anda boleh bantu =D )

Beratur panjang berjam lamanya kerana ingin mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tidak kurang sekadar ingin berjumpa artis atau ingin tampil di televisyen. Berani untuk ditertawakan, tidak sedar akan kengkangan kebolehan diri, menjadi pelawak ketika diujibakat (sila hadir audition rancangan realiti Lawak). Menjerit-jerit, mempelbagaikan bunyian nada suara tanpa segan silu bahawa diri itu akan menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia. Desakan hidup memaksa mereka untuk hadir,inginkan gubahan kehidupan di masa hadapan. Ada yang hadir kerana ingin membuktikan kemampuan kepada orang ramai. Tatkala ada jua sekadar ingin memperkenalkan perniagaan atau mempromosikan jualan. Walau bagaimanapun mereka yang hadir ini harus diberi pujian kerana percaya dengan kebolehan diri sendiri. Yakin, serta memiliki sifat positif, Tiada salahnya hadir menguji diri. Cuma jika anda banyak mendapat respon negatif dari rakan-rakan mengenai mutu nyanyian "merdu" anda itu, beratur panjang berjam lamanya mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan agama, nasihat saya sila batalkan niat anda untuk diujibakat dan jangan bazirkan masa anda untuk beratur panjang terhadap sesuatu yang pasti bukan milik anda. Ambil cuti dan luangkanlah masa anda dengan keluarga atau perkara-perkara lain yang lebih berfaedah. Renung-renungkan dan~ ~ selamat beramal ~ ~ . ^_^ ( macam tu nk jadi artis??)


Read more...

5 Kereta Unik 2011 (Unique Car)

Eksperimen aneh yang terjadi dalam industri automotif. Sesuatu yang luar dari kebiasaan dalam industri automotif. Pengeluar kini berani memperkenalkan beberapa segmen baru dan hasilnya kadang-kadang membingungkan. Nissan mula memggubah genetik SUV, manakala Range Rover cuba menunjukkan rasa prihatinnya dengan menawarkannya dalam saiz yang kecil di antara SUV sedia ada iaitu EVOQUE. Murano dan Evoque boleh diambil kira sebagai kategori "crossover" yang terhasil dari kacukan SUV dan Wagons serta Minivan. Maka  variasi baru ini mewakili tahap seterusnya "Crossover".

Garis jurang pemisah semakin tiada,didorong oleh fokus kepada pembuatan kereta bersaiz kecil lebih menarik.Termasuklah Hyundai dan Scion melancarkan kereta kompak yang menyimpang dari norma dalam hal tempat duduk dan pakej keseluruhan. Tujuannya adalah untuk membuat mereka lebih praktikal dan dengan demikian menarik bagi pasaran yang lebih luas.Dari kenderaan pendatang baru pada tahun 2011, berikut adalah 5 yang seperti ada sesuatu padanya, mungkin kerana bukan dari rupabentuk kebiasaan.

Ferrari FF
Kacukan bahagian belakang sbuah Wagon dengan hadapan sebuah kereta sport
FF ini diharapkan menjadi model Ferrari paling praktikal, kereta sport yang seluruh keluarga menikmatinya. Mempunyai empat kerusi dan saiz bonet yang luas, menjadi sebab bahagian belakang direka sebegitu. FF merupakan kereta pertama Ferrari yang menggunakan " all wheel drive". Nama FF adalah akronim daripada “four seats(4tempat duduk)” dan “four-wheel drive(pacuan 4 roda)” Kereta ini menggantikan 612 Scalglieti yang dihentikan pengeluarannya akhir tahun 2010 iaitu satu-satunya model Ferrari terbesar disertakan dengan tempat duduk belakang. Enjin V12, 660 kuasa kuda dan baik untuk 0-62 mph dalam 3.7 saat.

FF memiliki rujukan cuma ianya adalah dari sesuatu yang kelainan. Lamborghini Espada dari akhir 1960-an dan 70-an mempunyai atap yang terbentang kembali seperti gerobak untuk mengakomodasi kerusi belakang dan bagasi. Sebuah contoh yang lebih baru adalah BMW Z3 Coupe, yang - tidak seperti Ferrari dan Lambo hanya mempunyai dua kerusi.Di eropah mereka memanggil jenis kereta sebegini sebagai "Shooting Brake".

Hyundai Veloster


Hyundai mahukan "hatchback" bersaiz kecil nampak hebat seperti Mini Cooper tetapi berkemampuan dan praktikal. Ketika rekaan dan rasa hebat ( nampak "cool")sesebuah kereta adalah subjektif, harus diakui ianya memiliki keluasan di bahagian dalaman dan bonet lebih dari Mini.Apa yang menambah keganjilan padanya, disebelah pemandu hanya ada satu pintu tetapi di sebelah penumpang ada dua. Ideanya adalah mengekalkan bentuk kereta Sporty dua pintu, tetapi menambah satu pintu belakang untuk memudahkan keluar masuk.

Berinspirasi dari rekaan motosikal. Pelindung angin (windshield) bersumberkan dari visor helmet manakala konsol tengah diambil dari tangkipetrol motor. Enjin 4 silinder 138hp membuatkan beratnya cukup ringan.Hyundai mengharapkan untuk mendapatkan 40 mpg di jalan raya.




Nissan Murano (CrossCabriolet)
Kereta ini akan menarik golongan muda mewah berkerjaya (Yuppies) yang tidak mengambil kisah kereta sport dan hanya berkompromi dengan keselesaan dan kemudahan.Nissan menetapkan target jualan sederhana untuk CrossCabriolet Murano, yang menunjukkan syarikat yang realistik tentang potensinya. Beberapa wartawan yang melihat CrossCabriolet Murano ketika dipamerkan di sebuah acara bulan Disember 2010, berfikir Nissan gila untuk mencipta sesuatu sepertinya. Ada yang menyatakan tidak akan naik mahupun memandu ujinya. tetapi Nissan dalam acara yang sama berkata mendapat respon yang positif mengenai kereta ini.Apa yang boleh dikatakan adalah ianya nampak seperti High End dangan rekaan dalaman dan lipatan atap (power folding top). Ruang kerusi perlu dikecilkan sedikit, pintu belakang perlu mengakomodasi dengan atap. Selain itu semuanya sama seperti Murano sedia ada.


Range Rover Evoque Coupe
Ditujukan untuk pemandu muda yang menjaga persekitaran dan syarikat besar Suv yang mengunakan teknologi gas berkemampuan untuk kemana sahaja.Bahkan, satu-satunya alasan (atau sekurang-kurangnya alasan utama) Evoque bukanlah kereta, kerana Range Rover menolak untuk membina apa pun kecuali SUV kerana takut mencemari tradisi.Evoque SUV terkecil pernah dibina Range Rover. Bergantung pada bagaimana ia dikonfigurasikan, dapat menimbang sehingga 728 pound kurang dari versi US dari Land Rover LR2( suv terkecil Range Rover ketika ini). Material plastik di hadapan "fender" dan "hood dan atap aluminium membantu mengurangkan berat kenderaan.Memilih untuk pacuan roda depan (front wheel drive) yang pertama di Range Rover, dan sesuatu yang pasti sudah difikirkan lima tahun yang lalu,bukanlah four-wheel drive standard tetapi menjimatkan berat 165 pounds.

Keseluruhan bentuk menampakkan ianya seperti sebuah kereta tetapi lebih solid dari sebuah SUV yang berkotak. Memandunya seolah seperti membawa sedan mewah sporty. Enjin 4 silinder untuk Range rover adalah kecil. Turbocharged untuk menghasilkan banyak kuasa untuk ukuran (240 hp). Versi 4 pintu dan 2pintu akan mula dijual musim luruh.



Scion iQ
Kacukan dari scion xD (mungkin myvi baru 2011) dan Smart Fortwo. Dari luaran menampakkan ianya memiliki 2 tempat duduk tetapi sebenarnya ada ruang untuk seorang dewasa dan kanak-kanak. Scion memanggilnya "3+1" kerana kerusi bahagian belakang yang tidak simetri. Satu di sebelah kanan lebih besar daripada sebelah kiri. Konsepnya adalah untuk memudahkan pergerakan penghuni bahagian depan dapat bergerak ke hadapan untuk membuat lebih banyak ruang untuk orang dewasa di belakang, sementara tempat duduk pemandu separuh dibelakang dapat menampung anak-anak.

 Inilah penggunaan kreatif ruang yang kita mungkin akan melihat lebih banyak pengeluaran kereta yang semakin kecil. Scion iQ dihidupkan oleh enjin 4 silinder kecil yang menghasilkan sekitar 90 hp. Dari segi keselamatan, ianya dikatakan memiliki 10 beg udara (air bag) termasuk salah satu yang menutupi tingkap belakang, Toyota mengatakan ianya adalah yang pertama. Sumber- Forbes.com

Read more...

Microsoft Surface teknologi Permukaan Sentuhan

Pernah dilancarkan untuk generasi pertamanya pada tahun 2007. Sebelum ini Microsoft Surface versi 1.0 berbentuk kotak dan ada kamera di dalamnya yang menghala ke atas untuk mengetahui apa yang ada di atas meja. Kini microsoft 2.0 dilengkapi procsessor AMD. Menggunakan teknologi sentuhan PIXEL dan sensor infrared yang mana setiap sentuhan adalah kesan reaksi yang akan menggantikan teknologi pengesanan kamera.

 
Video rujukan 2007-08 hingga terbaru Microsoft 2.0



dan demo dari orang kuat Microsoft Adam Brownstein



Read more...

Tukang Rasa Makanan Binatang Peliharaan ( Food Tester)

Setelah ditanya rakan, benarkah ada pekerjaan penguji rasa makanan haiwan peliharaan. Jawapannya Inilah Simon Allison, orang yang makan makanan haiwan untuk hidup. "Chicken dinners, Beef strips or Campfire Jerky Bars, Pedigrees (jenama makanan haiwan peliharaan) itu semua sama baginya. Makanan malam anjing (atau sarapan kucing), semuanya dia nikmati. Mr Allison adalah seorang yang bekerja dalam bidang teknologi makanan, orang lama dalam syarikat Marks & Spencer (M&S) dengan tanggung jawab khusus untuk makanan haiwan. Ini bermakna tidak ada produk M & S yang masuk ke pasaran, kecuali telah dirasai olehnya dahulu. Dia berkata"Tidak ada yang meminta saya untuk merasanya tapi ini adalah apa yang saya lakukan,sama sahaja seperti jika saya bekerja di jabatan makanan siap saya mencintai pekerjaan saya, ini merupakan kerja yang bijak dan merasai makan haiwan peliharaan adalah bahagian asas yang harus dilakukan.  
"Rasanya benar-benar biasa," katanya. "Anjing menikmati semua makanan secara universal, sedangkan kucing sangat memilih tentang apa yang mereka akan makan. Mereka bertindak balas lebih dari rasa dan aroma bahawa anda lebih mengenalinya ".Mengambil bau sedikit seperti "wain taster" profesional, dia berkata "Ia memiliki rasa dan aroma ayam dan sebahagian dari apa yang disebut rasa merah - hal-hal seperti jantung dan hati. Kemudian anda mendapatkan rasa bertepung, kacang hijau, aroma denyut nadi dan kadang-kadang rasa manis lobak.
"Anda harus mengunyahnya sedikit saya telah melatih lidah saya untuk mencari bahan-bahan yang kami tidak akan membiarkan dalam resipi, seperti babat/perut. Pemilik haiwan kesayangan bertindak balas buruk terhadap bau babat/perut."Saya sedang mencari tekstur "pate", hampir ke titik di mana anda boleh tersebar di roti berkerak ini mempunyai tekstur yang sangat sedikit berpasir tapi secara keseluruhan harus halus dan ditaburi dengan kacang dan lobak."
Apakah kucing suka sayuran? Tidak, tetapi orang ya, kata Allison. "Semakin kita boleh membuat makanan haiwan kesayangan seperti makanan pemilik, semakin itu nyaman untuk kita berfikir pelanggan(haiwan peliharaan) akan menikmatinya," jelasnya. Marks & Spencer cuba menerapkan beberapa standard untuk makanan haiwan kesayangan bahawa sama seperti makanan yang manusia-siap - memastikan sumber ikan yang berkualiti , misalnya, dan melarang rasa buatan dan pewarna. Apabila menguji rasa makanan "Saya akan berubah dalam bentuk yang berbeza" selalu mempunyai segelas air di tangan untuk mencuci mulut. Simon mengakhiri perbualan mengunyah gula-gula getah untuk mengelakkan "berbau nafas anjing".
Sumber- www.dailymail.co.uk 

Di bawah adalah video bagaimana pembuatan makanan anjing.
 

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...