rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Proton Saga FLX Video Presentation

Proton Saga FLX 1.3L model yang ditambah baik yang memberikan penjimatan bahan api yang lebih dan pemanduan lebih lancar hasil daripada penggunaan teknologi Continuosly Variable Transmission [CVT].
Saga merupakan model paling laris di Malaysia daripada Januari hingga Jun 2011 seterusnya menjadikan Proton sebagai peneraju pasaran di Malaysia pada separuh pertama 2011. Sejak diperkenalkan Proton Saga telah diterima baik oleh orang ramai dan memenangi beberapa anugerah seperti Frost & Sullivan’s Best Model of the Year 2009, Best Passenger Car of the Year 2010 dan baru-baru ini Best People’s Car Award iaitu anugerah utama Asian Auto – Auto Industry Awards 2011. Saga juga mencatat jualan yang membanggakan dengan 250,000 telah didaftarkan dan lebih 300,000 unit tempahan sejak pelancarannya pada Januari 2008 hingga 2011.


“Disebabkan enjin yang kini lebih ringan dan dengan penggunaan CVT yang lancar, Saga FLX lebih jimat bahan api dengan 4 peratus dalam pemanduan urban serta 10 peratus dalam pemanduan lebuh raya,” tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal. Selain daripada CVT, Proton Saga FLX varian Executive menerima beberapa peralatan lain seperti beg udara untuk pemandu dan penumpang, Anti-lock Braking System [ABS] dan Electronic Brake-force Distribution [EBD].Saga FLX didatangkan dengan warna baru iaitu Elegant Brown selain daripada warna sedia ada seperti Tranquility Black, Genetic Silver, Solid White dan Blue Rock. Harganya bermula daripada RM 38,598 hingga RM 44,998. Sumber Berita.





p/s: presentation video yang menarik ^_^



3 comments:

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

kenapa proton saga semakin ari semakin mantop...nak jugak, nak jugak....

cik aisha said... Reply To This Comment

smart gak tgk saga terbaru ni...

Liyana Zahim said... Reply To This Comment

Rmai bkata kete auto tu snang tp nape sy ase auto tu sgt susah? Hahahahah~ Neway, nk vios gak!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...