rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Ku dikejar Memerang

Memerang dalam bahasa inggeris disebut Otters, sejenis binatang semi akuatik mamalia. Bahasa indonesia disebut sebagai berang-berang. Kebiasaanya makan ikan, udang, serta binatang tidak bertulang belakang (inveterbrata), burung, amfibia dan mamalia bersaiz kecil. Perkataan Otter berasal dari inggeris lama iaitu Otor. Juga berhubung kait dengan bahsa indo-european yang bermaksud  water. Tempoh kehamilan mengambil masa 60 - 86 hari. Pada usia 2 tahun memerang betina telah matang untuk berhubungan seks ( mengawan), manakala si jantan pada usia 3 tahun baru mencapai kematangan. Selepas 2 bulan lahir ia sudah berupaya untuk berenang dan akan tinggal bersama keluarga selama 1 tahun untuk mengenali dunia. Memerang mampu hidup selama 16 tahun.
aaa... tak dengar~~
Pada umumnya, memerang dianggap sebagai penunjuk ekologi yang terbaik. Di mana terdapat memerang, di situlah air sungai tidak tercemar. Memerang akan meninggalkan sesuatu kawasan jika tempat itu tidak lagi membekalkan ikan yang mencukupi. Haiwan ini melindungi kawanannya(kelompoknya).Haiwan ini juga dikategorikan sebagai haiwan yang mengalamai kepupusan.


p/s: dah lama x main kejar2.. =)

Read more...

Pizza Hut Offer 31 May 2011 !!!


Nak makan Bolognese atau Carbonara?

Hanya print kupon ini. Hanya sah untuk penghantaran (delivery) & bawa pulang (take-away) sahaja. SATU penebusan untuk seorang pelanggan sahaja untuk satu transaksi. Sah untuk 31 May 2011 sahaja.


Klik  Link di Bawah untuk Print Kupon Berkualti yang Hebat

Read more...

"BMX Triple Backflip" Pertama Di Dunia

28 Mei 2011."BMX Triple Backflip" lompatan 3 pusingan menggunakan BMX. Jed Mildon melakukan lompatan 3 pusingan pertama di dunia. New Zealand, menggunakan ramp setinggi 66 kaki, dia melakukan lompatan setinggi 11 kaki melakukan 3 pusingan penuh yang berisiko membuatkan seseorang itu mengalami patah tengkuk / kecedaraan. Lompatan 2 pusingan penuh ' Double Back Flip" pertama kali dilakukan oleh Dave Mirra pada tahun 2000 dalam pertandingan rasmi walaupun Troy Sircombe pertama pernah melakukannya diluar pertandingan.


p/s: gilo =P dan dia sangat hebat..cewl~~

Read more...

PERTANDINGAN REKABENTUK MALAYSIA 2011

Tema untuk Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2011 anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia ialah Universal Design merujuk kepada rekabentuk produk dan persekitaran yang boleh digunakan oleh semua golongan pengguna tanpa sebarang pengubahsuaian tertentu terhadap rekabentuk.Konsep Universal Design adalah untuk memudahkan kehidupan semua golongan pengguna melalui penghasilan produk, alatan komunikasi dan pembangunan persekitaran yang boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna, tanpa atau dengan kos yang paling minima. Konsep ini mensasarkan pengguna dari pelbagai peringkat usia, saiz dan keupayaan.Pertandingan pada tahun ini mencabar bakat-bakat di Malaysia untuk memberikan idea bagi rekabentuk household products untuk kegunaan orang KURANG UPAYA. Rekabentuk yang dicadangkan perlulah mengambilkira garis panduan berikut:
 
Kesamarataan penggunaan
Rekabentuk yang dicadangkan memberi manfaat dan boleh dipasarkan kepada mana-mana kumpulan pengguna 

Fleksibel
Rekabentuk memenuhi kepelbagaian keperluan dan keupayaan individu
 
Ringkas dan mudah digunakan
Penggunaan rekabentuk adalah mudah difahami,tanpa mengira pengalaman pengguna, pengetahuan atau kemahiran berbahasa.
 
Informasi yang boleh difahami
Rekabentuk mampu menyampaikan informasi secaraefektif kepada pengguna, tanpa mengira keadaan persekitaran atau kemampuan deria pengguna.
 
Bertoleransi dengan kesilapan
Rekabentuk meminimakan risiko bahaya dan kerugian akibat daripada kemalangan atau perlakuan yang tidak disengajakan.

Penggunaan fizikal secara minima
Rekabentuk membolehkan penggunaan secara efisyen, selesa dan kurang meletihkan.
 
Saiz dan ruang untuk mencapai dan digunakan
Saiz dan ruang yang disediakan membolehkan pengguna mencapai, menghampiri, memanipulasi dan menggunakan rekabentuk tersebut tanpa mengira saiz, postur dan keupayaan pergerakan
 
Calon-calon PERLU menjalankan kajian rekabentuk secara menyeluruh dan teliti bagi memastikan idea
yang dicadangkan adalah lebih baik serta menepati maksud tema pada tahun ini. Tarikh tutup penghantaran Penyertaan Peringkat Saringan adalah pada 31 Oktober 2011.

Kepada yang berminat untuk menyertai boleh memuat turun borang penyertaan:

Read more...

Barcelona 3 vs Manchester United 1


Barcelona vs Manchester United UEFA Champions League 2011
Keputusan malam tadi menepati jawapan survey tidak rasmi yang dijalankan di Facebook (FB) saya. Perlawanan yang berakhir dengan Barcelona 3 dan Manchester United (M.U) 1. Gol hasil jaringan Pedro 27". Diikuti gol penyamaan Rooney 33".  Barca mendahului semula  dengan jaringan Messi 54" dan mengukuhkan kedudukan dengan Villa pada minit ke 69".
Kaji selidik beberapa jam sebelum 2:45



P/s: bila lawan M.U je semua geng2 EPL lain mesti sokong team yg menjadi lawannya. Tapi gelak bila lepas game.. dan..dan je.. ada yg ngaku aku mmg sokong barca gak.. bila dah kalah.. =P

Read more...

Harimau Malaya VS Arsenal/ Chelsea/ Liverpool

Secara rasminya kehadiran tiga ( 3 ) pasukan utama English Premier League (EPL) ke Malaysia pada bulan Julai telah diketahui.

  1. Malaysia vs Arsenal      - 13 Julai 2011
  2. Malaysia vs Liverpool   - 16 Julai 2011 (belum muktamad)
  3. Malaysia vs Chelsea     - 21 Julai 2011
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu: 8.45 Malam
Tiket : RM58, RM68, RM108, RM388

*Pembelian Tiket Arsenal dan Chelsea secara Online
 





p/s: saya anak Malaysia =D

Read more...

Neraka Dunia ???

Beberapa tempat di dunia ini sebaliknya kerap dilabel atau diumpamakan neraka kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti. Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, ia juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan. Tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yang pelik dan aneh dengan batuan serta tumbuh-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.
Namaskar Pass, Iceland,
Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai ‘Pintu Masuk ke Neraka’ mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai. Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.
Bisti Badlands,New Mexic
Tidak kurang ngeri ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ. Hampir 70 juta tahun dulu, ia adalah hutan hujan tetapi hari ini tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah, dinosaur.

Darvas, Uzbekistan

Terletak di pekan kecil Darvas di Uzbekistan. Kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geologi mula menggali untuk mencari gas. Dalam proses itu mereka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali. Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas. Mereka membakarnya untuk menghalang gas beracun daripada terlepas dan sejak itu ia tidak pernah terpadam. Tiada siapa tahu berapa tan gas yang dibakar sejak 35 tahun lalu tetapi kelihatannya ia mungkin tidak akan habis.
Victoria Dry Valley, Antartic
Satu daripada padang pasir paling ekstrem di dunia - Victoria Dry Valley atau Lembah Kering Victoria di Antartika, adalah kawasan bebas ais paling besar yang ada di benua itu. Paras kelembapan yang amat rendah dan kekurangan liputan ais menjadi sebab utama berlakunya tiupan angin katabatic yang boleh mencecah kelajuan 321 kilometer sejam.

Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur. Ia pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.

Bukan sukar untuk berasa tiba-tiba saja kita berada di satu planet lain yang lebih kasar dan lebih mengelirukan apabila melawat Vale de Lua, Brazil. ‘Lembah Bulan’ itu menjadi kawasan paling dilawati di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun. Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia.


Cuma boleh dilihat daripada angkasa lepas, Richat Structure, adalah paparan pusingan di Gurun Sahara Mauritania berhampiran Ouadane. Ia menarik perhatian sejak misi ke angkasa lepas terawal kerana mudah dilihat dan mempunyai berbentuk mata lembu.
 

Sementara itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat paling besar. Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat. Lebih dua tan mengalir ke dalam kawasan ini setiap hari.


Satu lagi lokasi yang digeruni adalah padang geotermal paling aktif di kawasan Rotorua, New Zealand. Ia diberi gelaran Pintu Neraka kerana bau busuk air dicemari belerang dan kolam lumpur. Di sekitar gunung berapi di Pulau Utara New Zealand dan kawasan geotermal, hampir 1,000 spesies bakteria paling pelik ditemui di sebalik suhu, paras asid, alkali, tekanan dan kerapnya tanpa cahaya matahari atau oksigen.

Hakikatnya, semua lokasi ini sememangnya jauh tersasar daripada definisi neraka seperti yang disebutkan dalam al-Quran. Tetapi mungkinkah kewujudannya boleh dijadikan peringatan kepada manusia betapa neraka akhirat jauh lebih menakutkan?  Sumber: Berita Harian

p/s: bersyukur dan manfaatkanlah sebaik mungkin tempat dimana anda berada =)

Read more...

Google Wallet - Dompet Maya

Apa itu Google Wallet? Bagaimana ianya berfungsi? Adakah ianya selamat? Apakah kelebihan menggunakannya? Dimanakah ianya boleh digunakan? Google wallet dengan kata lain adalah telefonku dompetku atau telefonku bayarkan semuanya. Daripada sistem pertukaran bata, kita menggunakan syiling kemudian beralih kepada kertas dan mula membayar dengan kad plastik (card credit/ debit card). Dilancarkan pada 26hb Mei 2011. Pembayaran kini boleh dilakukan dengan telefon bimbit sebagai dompet dalam talian. Google Wallet menggunakan aplikasi Android, penggunaannya hanya tap/lalukan sahaja pada skrin pengesan (Touch n Go).

Hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Nexus S 4g dari Google dan dalam perancangan untuk diintegrasikan kepada telefon pintar yang lain. Keselamatannya memerlukan pengguna menetapkan no pin di telefon bimbit. Sama penggunaaan kad bank, walaupun ianya memiliki sistem keselamatan. Seandainya telefon anda hilang, anda masih perlu melaporkan kepada pihak bank untuk membuat pembatalan. Google Wallet buat masa ini,boleh digunakan di US sahaja. Menariknya pengguna akan diberi beberapa tawaran diskaun perbelanjaan serta kutipan mata, tebus dan ganjaran untuk kesetiaan sama seperti Bonuslink dan Real Rewards. Baru sahaja dilancarkan perkhabarannya Google Wallet (GW) kini disaman PayPal kerana datanya digunakan oleh bekas pekerja Paypal untuk merealisasikan penggunaan GW.-Siapakah orang tersebut? Osama Bedier. Sumber: Google

p/s: telefon pun dah jadi dompet.. kalu nk mencuri kene celik i.T lepas2 ni.. ^_^ (amaran mencuri adalah berdosa..boleh dihukum potong tangan...)

Read more...

Baru ku Tahu Dia Mudah Pecah...


Amat berterima kasih kerana ada golongan sebegini rupa yang sanggup menguji ketahanan dangan melakukan ujian hentakan terhadap ciptaan idaman yang mahal ini. Maka pengajarannya jika anda membelinya. Jangan lupa untuk melindungi skrin paparannya.. =)

Read more...

Ukiran Demi Masa Depan


Seperti membuat sebuah kek. Majalah Top Gear Philippines merungkai sebuah kisah hebat seorang yang bernama Franco Cagayat,21 tahun. Pengukir yang hebat dalam membentuk sebuah kereta dari sebuah blok  kayu. Lengkap dengan pintu tutup dan buka, isi dalaman dan enjin kenderaan, kereta ini tidak seperti mana-mana kraftangan yang pernah kita lihat. Cagayat mula mula melukis apa sahaja kenderaan yang dilihat dan kini mengubahnya menjadi sebuah kerja tangan yang hebat. Mula minat terhadap majalah Top Gear setelah rakannya meminta menghasilkan ukiran Ferrai Testarossa. Inilah sumber rezekinya.



Sumber: autoblog


p/s: ini kalau ambil industrial design buat final model mesti siap awal.. =P

Read more...

Ku Tidak Sengaja

Ku tidak sengaja. Semuanya berlaku dengan pantas. Ku tidak boleh berada di kawasan itu. Justeru itu reaksi tindak balas ku spontan. Oleh hal yang demikian, aku tidak dapat mengawal diri. Namun, jangan kau marahkan aku rakan-rakanku. Sebagaimana yang telah dilihat di ulang tayang. Bertitik tolak dari hantaran yang dapat ku tangkap, dengan liuk tubuh yang menarik di kawasan "D". Aku tidak sengaja~ =P


p/s: x pernah tengok gol sendiri, main bola baling.. ^_^

Read more...

Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu


Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya?
Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut :
Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.
Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu. Antaranya ialah apa yang saya telah disebutkan di awal tadi. Dan antara kesan yang dipetik dari al-Quran ialah

Sombong
Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Berbunuhan
Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):
" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;"
Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata:
"Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dendam
(Ramai di antara mereka berkata): " Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".
Ini antara kalimat yang diucapkan oleh salah seorang saudara nabi Yusuf dek kerana dengki kerana nabi Yusuf lebih disayangi dan dicintai oleh bapa mereka Nabi Yaakub dari diri mereka sendiri. Dari sifat dengki itu maka timbullah rasa dendam terhadap nabi Yusuf sehingga mereka berpakat untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap nabi Yusuf. Kisah ini tercatat dalam surah Yusuf.
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):
"Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".
Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".
Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri.
Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redho dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhluk-Nya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redho denga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung?
Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :
"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."
Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redholah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.

Sumber:  iloveislam.com

Read more...

Fiat Mio yang Mengujakan


Tidak jauh dari masa hadapan, Fiat Mio membuktikan bagaimana masa depan dibina . Bagaimana ianya berfungsi dalam kehidupan di sana...






Sila lihat video ini utk mengetahui bagaimana ianya berfungsi dan mengujakan~~

p/s: terima kasih Bear Autostylista atas perkongsian ini.. - penulis sedang kebizian =P

Read more...

Nike- Kasutku Berlagu

Nike memperkenalkan siri kasut larian bebasnya "Nike Free Run" pada tahun 2010. Memiliki sifat keselesaan yang hebat, fit (ukuran pakai) seolah seperti semulajadi. Menariknya kasut ni mampu menghasil bit atau tempo.. siap ada lubang cucuk speaker lagi hahhaa... =)

Persembahan duo dari Hifana - f KEIZOmachine! (Keizo Fukuda) dan Juicy (Jun Miyata).


Kepada yang merasakan ianya adalah tipu.. maka inilah kebenarannya =)

NIKE AIR SUPERFLY WOVEN

Hanya dipasaran Jepun sehingga bulan April tahun 2010 sahaja.
p/s:  Limited edition yang berebut2 orang Jepun (terutama kipas susah mati- die hard fans) inginkannya.. =)

Read more...

Design Competition 2011: You Design, Peugeot Builds!

Nasim Sdn Bhd, anak syarikat  NAZA mengumumkan Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2011, yang bermatlamat mempromosikan dan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif di dalam rekaan automotif "automotive design". Pertandingan ini akan di selarikan dengan artikel bersiri majalah Cars, Bikes & Trucks (CBT) untuk memberikan pembaca pemahaman mendalam mengenai "automotive design". Selain membantu mengasah bakat yang diperlukan, ianya juga mempromosikan kesedaran mengenai jenama Peugeot di kalangan pelajar sekolah dan universiti.
Tema Pertandingan : Peserta dikehendaki menghantar rekaankenderaan Peugeot yang sesuai dengan pasaran Asia Tenggara pada tahun 2018. Kategori Rekaan kenderaan adalah bebas untuk semua jenis segmen kenderaan penumpang.

  • Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan universiti di Malaysia.
  • Pelajar Universiti/kolej diperlukan membentuk 3 orang dalam 1 kumpulan termasuk seorang  Pensyarah/ Professor / Tutor.Setiap satu pasukan dikira sebagai satu penyertaan.
  • Pelajar Sekolah boleh menyertai secara individu atau berkumpulan ( maksimum 2).
  • Tarikh Tutup sebelum 21hb Ogos 2011.
  • Penyertaan dikehendaki menghantar ilustrasi di atas " A3/A2 mounting board" termasuk lukisan perspektif dan pakej drawing (elevation drawing & termasuk rekaan dalaman) serta diskripsi penerangan mengenai rekaan dalam bahasa inggeris.
  • Dinilai dari segi relevan dengan tema, kosep yang asli, nilai dan kualiti rekaan dan potensi penambah baikan.
  • Pemenang akan diumumkan 1 November 2011.
  • 100 yang terpilih akan mendapat hadiah saguh hati dan 10 yang terbaik akan dipilih untuk menghasilkan 1/4 skala model, untuk dipilih sebagai pemenang.
Untuk memuat turun borang penyertaan dan maklumat lanjut  >>  Cars,Bikes & Trucks <<

Read more...

Social Memories - Diari Facebook


Menjebakkan diri menggunakan aplikasi Social Memories. Sempoi dan menarik membuatkan anda ralik.. jika ada duit boleh la anda cuba mencetaknya hanya beberapa 19 euro sahaja~~.. =P.. atau 6 helaian secara percuma =)
Mari mencuba.. nasihat saya cari software yang boleh merekodkan "camvideo" atau apa sahaja supaya anda boleh merakam tanpa perlu mencetak ehheheheee~~atau hanya printscreen dan paste di paint lalu cropt.. =)





p/s: berhati-hati terhadap bermacam2 jenis aplikasi di FB ada yang spammer/virus ( takut gejala hackers yang dah byk gondam fb artis dan blogger famous huhuuu )

Read more...

Keretapi Terapung yang Mengujakan


Bagaimana ianya terjadi? Di dalam model keretapi ada 3 superconducting disk yang mengandungi BSCCO iaitu Bismouth Strontium Calcium Copper Oxide (nak tau apa search ya.. =P) yang alah/sejuk dengan cecair Nitrogen. Apabila suhu turun bawah -166c, medan magnetik tidak mampu lagi menahan. membentuk bukaan magnetik.



p/s: besi berani :D

Read more...

Pada Zaman Dahulu - Les Copaque


Sebuah produk animasi terbaru Les Copaque yang dijangka akan menemui penonton. Di khabar anginkan akan disiarkan di stesen televisyen tempatan Al-Hijrah. Bertambah meriah dunia animasi tempatan =). Dikongsikan bersama beberapa gambar teaser dari forum lawyat:










Untuk maklumat lanjut yang lebih mendalam layari laman sesawang rasmi:
  1. http://www.lescopaque.com/
  2. http://www.padazamandahulu.com/
  3. http://www.lescopaque.com/blog/
p/s: remake cerita mula2 Hassan Abd Mutalib .. bagi nafas baru rasanya =)


Read more...

Les Copaque Mencari Kancil

Kepada sesiapa yang berbakat dan merasakan diri mampu menghasilkan bunyian yang comel anda dipelawa mencuba nasib menjadi Sang Kancil sebuah projek kedua dari Les Copaque iaitu Pada Zaman Dahulu.
Syarat-syarat:
  1. Tidak ada had umur. Tapi suara mesti comel!
  2. Perwatakan menarik dan ceria! (ini mesti! baru seronok recording)
  3. Menetap di kawasan Lembah Klang, terutama di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.
  4. Adik-adik yang umur bawah 18 tahun mesti ada kebenaran ibubapa.
Petikan dari dialog Sang Kancil, untuk rujukan.
Kancil: Buaya! Pandai kau tangkap Kerbau. Boleh kenyang sebulan ni. Tak payah kau tangkap aku!
Disertakan alamat dan nombor telefon. Email sample recording suara ke: sangkancil@lescopaque.com
Untuk Maklumat lanjut >> Les Copaque Mencari Kancil





P/s: pandai buat suara drama latin / style cerita2 La usupadora haha... =P >> sertai fanbook mereka >> padazamandahulu

Read more...

iNOVA : Malaysian Young & Creative Generation

Sebagai sebahagian daripada aktiviti terbesar Hari Belia Negara, Sejuta Belia 2011 di Putrajaya akan melibatkan 200 aktiviti anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Bertujuan membangunkan belia sebagai nadi negara dan menggalakan integrasi sosial di kalangan masyarakat majmuk.
"iNOVA : Malaysian Young & Creative Generation" adalah program kerjasama di antara Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR,UiTM), Kementerian Belia & Sukan, Pixel Playground, Rakan Muda dan Creative Youth Malaysia. Penuh dengan aktiviti seperti pameran dari graduan Art & Design, UiTM, bengkel kreatif, demonstrasi, video screening dan jualan seni yang bertujuan mendedahkan generasi belia kaintan mereka kepada industri dan masyarakat. Antara yang akan hadir adalah Hassan Abd Muthalib (orang kuat Animasi pertama Malaysia), Muhamad Azhar Abdullah (PeKOMIK) dan Muhammad Fazli Ab Latif (Kuku Besi). Berikut adalah senarai pameran:

KUFI ART EXHIBITION

GRAPH CORE EXHIBITION

REKA : YOUNG INDUSTRIAL DESIGNER

FEEL D COLOURS EXHIBITION DWEEY

LOMOKIDS : LOMOGHRAPHY INSTALLATION PROJECT

CO’ARTS PHOTOGHRAPHY EXHIBITION
Peta Lokasi
p/s: banyak betul duit untuk anjurkan benda ni ek.. ^_^..

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...