rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Cara Hadapi Banjir di Thailand

Banjir di Thailand 2011 yang bermula awal Ogos 2011 telah mengakibatkan 283 orang terbunuh sehingga bulan Oktober. 8.2 juta penduduk dalam 60 daripada 77 wilayah terjejas. Menenggelamkan beberapa tempat utama seperti Bangkok. Pertanian terjejas, beberapa syarikat utama seperti Honda, Nikon dan Canon menerima impak besar.Kemusnahan Zon Industri Saharattananakorn dianggarkan mencapai 30 bilion baht. Sumber Wikipedia


p/s: ikthiar hidup dengan inovasi dan kreativiti.. ^_^

Read more...

Porsche Edisi Facebook

Masih bertemakan Facebook. Sempena penghargaan kepada 1 juta peminat Porsche yang menekan LIKE di Facebook (FB) ketika Febuari 2011. Sebuah penghargaan kerana pemilikan group ( kumpulan) FB automotif paling pantas. Porsche menghasilkan edisi terhad yang tertera sebahagian nama peminatnya di luaran Porsche 911 GT3 R Hybrid. Pengeluar kereta Jerman ini mempamerkannya di Muzium Porsche, Stuttgart. Kini FB Porsche telah mencecah 2,098,294. Sumber Topspeed

p/s: .. cinta dimuka buku~~ banyak persoalan yg berada diminda.. lalallaa ^_^

Read more...

Volkswagen + Facebook = Fanwagen (FB Car)

Pengeluar automotif terbesar Jerman menghasilkan gabungan kereta dengan jenama laman sosial, dalam mengundi lagenda kereta jenama Volkswagen yang paling berpengaruh. Edisi tunggal yang memiliki paparan seperti status (relationship, newsfeed, wall) dan lain-lain.  Antara ciri menarik yang lain ialah plat kereta yang memaparkan status perhubungan dengan pemilik kenderaan. Peta kedudukan rakan Facebook serta Poke yang berfungsi sebagai hon. Dihasilkan untuk Volkswagen Belanda didapati dalam dua model iaitu Fanwagen T1 dan Fanwagen Beetle. Sumber designboom.

 






p/s: mesti ada yang nak buat dekat kereta atau motor lepas ni =)

Read more...

FedEx Dominoes

Pengiklanan bertujuan menyampaikan perkhidmatan baru yang mengurangkan penghantaran terdesak. Menggunakan kempen video dengan prinsip domino. Daripada seekor angsa di Montereal kepada anjing di Miami. Hasil pengiklanan BBDO Toronto.



p/s: best2 .. macam cadbury pulak.. :P

Read more...

Hubungan Indonesia - Malaysia

Hubungan antara Indonesia dan Malaysia beberapa kali mengalami pasang surut. Sebagai dua negara yang berjiran, sering disebut negara serumpun, potensi kerja sama maupun potensi konflik antara dua negara ini amatlah besar. Apa yang dilihat provokasi media Indonesia terlalu menekan minda penduduknya. Walhal rakyat sebenarnya duduk aman di Malaysia. Diakui penanaman semangat Indonesia raya oleh Soekarno. Rakyat Indonesia memiliki sifat nasionalisma yang tinggi. Apapun media kadangkala menekan dengan provokasi tajuk akhbar yang mampu membangkitkan kemarahan seandainya tidak mengetahui keadaan sebenar. Salah faham berkaitan layanan pembantu rumah, penangkapan nelayan di sempadan perairan, dan asal usul kebudayaan menjadi hangat kerana berkaitan kedaulatan sesebuah negara. 

Indonesia ada ciri nilai tinggi budayanya, Malaysia juga ada ciri yang membezakannya. Penghijrahan penduduk suatu masa dahulu membawa perkongsian budaya turun temurun di sekitar asia tenggara. Ciri-ciri kebudayaan seperti Jawa dan Minang memang asalnya dari Indonesia. Semuanya bermula Konfrontasi Indonesia- Malaysia 1963. Semangat Soekarno dasar Ganyang Malaysia. Apabila Penggabungan Sabah & Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-ciri budaya yang tidak jauh bezanya, apa yang ada di Indonesia, sebahagiannya turut ada di Malaysia. Negara melayu yang serumpun ada persamaan dan kelainan. Akibatnya lagu dan tarian seandainya didendangkan di Malaysia menjadi suatu kesalahan buat media disana. Panggilan Indon membawa kemarahan, walhal Malaysia gemar memendekkan panggilan atau sebutan tetapi bukan penghinaan, sama jua Bangla adalah Bangladesh, Malay (sebutan mer ley) untuk Melayu, malah beberapa singkatan nama tempat mewakili asal masyarakat setempat di negara ini seperti Penang ( Pulau Pinang), Ganu (Terengganu), Negeri ( Negeri Sembilan) dan lain-lain.

Meskipun di zaman Suharto dan Mahathir hubungan relatif kedua buah negara cukup mantap dan mesra. Tetapi konflik ini terbawa-bawa dalam semangat kesukanan. Kenapa ditanamkan semangat kebencian, sedangkan banyak manfaat dari hubungan dan kerjasama yang dapat diperoleh dari segi pembangunan pendidikan, ekonomi, kesihatan, mahupun sukan. Apa yang penulis fikirkan, minyak yang dicurah di atas api ini adalah media ataupun negara barat yang rasa tidak senang melihat manfaat kemajuan hasil hubungan baik kedua-dua buah negara.

p/s: berketurunan penduduk asal tanah melayu + jawa + cina ...  ^_^

Read more...

10 Kereta Jualan Terbaik Malaysia - Oktober 2011



Analisis Jualan Kenderaan Bulan Oktober


Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Perodua Myvi   - 10,364
2) Proton Saga      - 5,583
3) Perodua Viva    - 4,836
4) Proton Persona - 3,688
5) Perodua Alza    - 3,438
6) Proton Exora    - 1,689
7) Proton Inspira   - 575
8) P. Satria Neo    - 175
9) Proton Waja     - 160
10) Proton Gen2/ Savvy  - 4


Top 10 imported vehicles - Kereta import
1) Toyota Vios             - 2,972
2) Toyota Hilux            - 2,776
3) Nissan Grand Livina - 824
4) Toyota Camry          - 721
5) Mitsubishi Triton       - 704
6) Honda Civic             - 661
7) Toyota Avanza         - 651
8) Honda City              - 604
9) Toyota Corolla Altis - 593
10) Kia Forte               - 528

*Statistik daripada Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s: peningkatan mendadak jualan kereta.. ada promosi kot.. ^_^

Read more...

Mian Sate - Resipi 50 Tahun

Mian sate adalah perniagaan yang diusahakan oleh Jamian bin Ijan sejak berumur 17 tahun iaitu pada tahun 1961. Akibat kesempitan hidup, tidak dapat menamatkan pelajarannya lalu berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Perjalanannya menemukan seorang pengusaha sate yang terkenal pada ketika itu dengan gelaran Wak Dim Yati. Dengan memikul dua bakul yang berisi kelengkapan untuk berniaga sate, berjalan sehingga lebih 300meter dari rumah untuk menjual sate daripada petang hingga larut malam dengan berbekalkan lampu kabait. Satenya sangat mendapat sambutan tidak kira bangsa. Mula membuka gerai sate di Jalan Air Molek, Johor Bahru pada sekitar tahun 1969 berhampiran Tower di Selat Tebrau dan menukar kaedah jualan menggunakan bakul yang dipikul kepada kereta tolak. Setelah berkahwin, beliau berhijrah ke Rancangan Felda di Sungai Sibol dan membuka perniagaan di sana sehingga kini. Pengalaman 50 tahun dan kualiti rasa yang dikekalkan dengan mengunakan rempah-ratus yang bermutu tinggi. Mian Sate seringkali mendapat tempahan daripada pelanggan untuk pelbagai jenis majlis dan upacara. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 24 Julai 2009, Mian Sate kini dijenamakan dan atas permintaan ramai yang menggalakkan dari orang ramai di MAHA 2010. Mian Sate telah berada di Jalan Langkawi, Setapak,Kuala Lumpur. Klik Page FB Mian Sate untuk maklumat lanjut.
Klik untuk paparan peta lebih jelas
p/s: kecor air liur tgk sate.. jaga kau Mian sate... lapor lapor lapor... =_='

Read more...

Dosa Mengecil & Berkecil Hati



~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~

~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Sumbangan: Izzuddin Zolkapli, UniSZA

Read more...

1930 Streamliner Henderson Bike

Motor klasik easy ride yang ade peminat dan nilaiannya. Motor Henderson yang popular pada World War 2 ( WW2) digubah oleh O. Ray Courtney. Pengaruh Art Deco dari pereka lagenda automotif, Harley Earl yang masih kuat jelas kelihatan di garis-garis rekaan. Semuanya tidak seperti kebiasaan. Rekaannya lebih kepada menyembunyikan fungsi mekanikal. Sehingga di kemuncak aliran Art Deco, "Form over function" bentuk mengatasi fungsi yang mana hanya mendedahkan sebahagian sahaja seperti sirip penyejukan ( cooling fins) dan suspension springs. Dimiliki oleh pengumpul Frank Westfall. Sumber dari blog motor chopper Knucklebusterinc.

 
 



p/s:  chopper.. woo.. canggih.. teringat moto captain America.

Read more...

Pizza Vending Machine | Mesin Automatik

Disaat kelaparan, makanan segera menjadi pilihan. (kurangkan makan makanan segera :P). Hasil pembangunan teknologi pada 2008-2009 oleh University of Bologna. Pizza segar baru keluar dari pembakar yang diadun dan diuli dengan tepung beserta sos tomato, keju dan pilihan rasa, mampu tersedia dalam 3 minit. Ianya bukan mesin yang memanaskan makanan beku, tetapi mesin pembuat pizza segar. Pada permulaan 2009 ianya hanya berada di sebuah pasaraya diTrenito, Itali. Idea bernas usahawan Claudio Torghele, pizza dengan harga 3.30 euro ( RM 15.++), manakala mesin gedegang ( vending machine) anggaran harga euro 22 000 (RM 94 900).





p/s: balik modal x ni.. ^_^ ..

Read more...

Arca Rantai Manusia

Dihasilkan oleh pengarca kreatif korea,Yeong Deok So. Sebuah rantaian kehidupan dari rantai besi basikal dan industri. Keadaan sifat besi yang berserabut dan berkait adalah cabaran buat Yeong. Metafora arca besi sebagai gambaran keadaan manusia berpenyakit.


p/S: meremang mcm berulat..

Read more...

Toyol 2011 Full Movie Free Download

Filem Penuh Alamak Toyol 2011. Muat turun percuma atau tonton sahaja di youtube, jika anda malas untuk mendownload. Terima kasih astro first. Kerana anda kami tidak perlu menonton wayang :p



Format mkv ( 350MB )
Link 2

p/s: mari menonton.. :)

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...