( ctrl + left clik =new tab) Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh. Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu. Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Perkhabaran baru dari dunia perfileman barat. Sebuah filem yang dinanti-nanti setelah dua filem terdahulu yang mungkin anda sudah jemu dengan Chevrolet Camaro dan Corvette Stingray Concept. 'Transformers 3: Dark of the Moon' dijangka menjengah pawagam seluruh dunia 1 July 2011, akan menampilkan 3 watak utama yang baru di gelar 'The Wreckers', pasukan sokongan dari Transformers Universe yang menyertai Bumblebee, Iron Hide dan Optimus Prime bersama menentang Megatron's Decepticons. Trio ini akan bertukar menjadi NASCAR Sprint Cup Siri Chevrolet Impala dilengkapi senjata 'machine gun' dan meriam.
Ketiga-tiga kereta ini telah pun membuat penampilan di bulan Febuari untuk '53rd running of the Daytona 500'. Mendahului 43 kereta Nascar yang lain, bertindak sebagai Marshal perlumbaan. Kereta dipandu oleh pengarah filem, Michael Bay bersama bintang pelakon Josh Duhamel dan Rosie Huntington-Whiteley. Maka tiada lagi awek bernama Megan Fox " megan musang =P" yang cun itu...
Sudah seperti siri dan kemestian. Setelah Terengganu, diikuti Negeri Sembilan dan Kedah.Maka setelah lama mengumpulkannya inilah serba sedikit hasilnya loghat negeri Kelantan Darul Naim. Lenggok bahasanya ade yg berbunyi "O" dan berbunyi "ey..". Kebiasaannya orang Kelantan menyatakan pengakhiran ayatnya hanya perlu di tambah "deh..". Contoh: jepuk makey deh....(jemput makan yer..). Seolah seperti sebuah negeri yang lain cuma hanya kerana lenggok bahasanya sukar untuk diikuti. Stigma yang umumnya mengetahui.. orang pasir mas, kecantikan baka-bakanya sangat dipuji. So macam biasa... enjoy video utube dibawah...
Ado seko anak tupa( lagu yang kusuka dengar walaupun mulo2 tidak faham haha...)
Orang Arab kecek Kelatey
Pesanaey buak awey2 (anakmuda lelaki) toksey gocoh (gadoh) sek2 kito , buat semek2 (anak muda perempuan) toksey getik gelenya (gatal/miang)..huhu =)
Adakah kegemukan itu adalah suatu masalah? Kadangkala ya dan kadangkala tidak. Selalunya ia berkait dengan obesiti , darah tinggi dan lain-lain. Kegemukan membuatkan seseorang itu mengalami rasa rendah diri yang tinggi. Berikut adalah contoh kebiasaannya lelaki yang gemuk akan beristeri cantik.. =) Mungkin menjadi inspirasi buat yang kurang keyakinan diri..
The Honeymooners
Sejak dahulu kala (macam zaman purba) lagi memang telah dijodohkan pasangan yang bersaiz comel dgn yang saiz ideal. Jackie Gleason dan Audrey Meadows.
The King of Queens
Kevin James' Doug Seorang yang tidak memiliki kematangan dan kurang memberikan bantuan. Macam biasa permaisurinya Leah Remini seharusnya memiliki dan melengkapi segalanya. Cerita yang menguatkan teori " Lelaki sukakan perempuan yang HOT, Wanita sukakan lelaki yang keanak-anakan".
Listen Up
Jason Alexander yang memiliki kereta hebat bersama digandingkan Wendy Makkena.
Quintuplets
Andy Richter yang kini memiliki rancangan Tv sendiri The Tonight Show digandingkan bersama Rebecca Creskoff.
The Sopranos
Carm seorang yang sukakan suaminya, meletakkan kegemukan bukanlah alasan untuk suatu tarikan.Tony memnunjukkan seorang lelaki gemuk itu adalah hebat dan mengujakan.
According to Jim
Jim dan Cheryl telah melaluinya bersama-sama dari membesarkan anak-anak sehinggalah bergaduh dan sebagainya. Kerana itulah lumrah berkeluarga.
The Flintstones
Berapakah umur En. Flienstones yang memiliki wanita cantik disampingnya. Biarpun Fred seorang yang gemuk dan kurang cerdik, Wilma yang cantik sentiasa disampingnya.
Family Guy
Seperti kebiasaan juga. Kartun barat amnya, keluarga pasangan suami isterinya iaitu lelaki. Selalu digambarkan sebagai gemuk. Mengapa? kerana pelukis kartun ( kartunis) selalunya mengambil jalan mudah dengan mengambil stigma bahawa "Gemuk = Pemalas" dan semestinya ianya bukanlah benar. Walaupun benar.. ^_^ gurau jerrr...
The Simpsons
Pasangan Homer dan Marge Simpson. Seperti yang sedia maklum, Homer dilengkapi oleh Marge yang dapat mengawal keadaan keluarga yang kacau bilau..huuuu
The Drew Carey Show
Dan yang paling Glamor memiliki yang cantik,Kate (Christa Miller) dan Drew Carey...
Harith Iskandar & Jezamine
Jika anda menganggap itu semua hanyalah kebahagiaan di televisyen.. Inilah contoh didunia sebenar yang anda boleh lihat....
P/s: Walau bagaimanapun cuba-cubalah untuk kurus menjadi katang/toughf haha.. ( entry ini bukanlah menggalakkan kegemukan =p) cuma menyatakan setiap orang ada kelebihannya...dan setiap pasangan biasanya ada perbezaan sifat dan tarikannya,, =) dan cantik itu ada pelbagai tafsirannya....
Menggunakan bunyian technonye.. KRU menghasilkan lagu baru. Sejujurnya KRU tidak memiliki suara yang sedap. Namun bijak menggunakan kebolehannya menghasilkan bunyian yang memahami kehendak dan trend irama remaja masa kini... Hebak Demo.. =) Sempoinye menggunakan tema Harajuku- Style japan fashion seperti ikon manga/komik.
Pujian buat pemain-pemain Malaysia yang kian meningkat naik permainannya. Berikut adalah gol-gol yang dijaringkan di Stadium Jalan Besar, Singapura, 26 Mac 2011.
Fakri Shaarani (kiri) menjaringkan gol untuk Malaysia hasil tandukkan kemas pada minit ke-7.
Sup Kosong kerap kali dihidangkan bersama nasi goreng di gerai-gerai makan. Rasanya hanyalah berperisa stok ayam Maggi atau ajinomoto. Sup kosong tidak semena-mena menjadi isu utama buat entri ini. Kes Pertama yang cukup ku ambil kisah adalah ketika makan sup kosong dari sebuah gerai di Merbok, Sg. Petani. Dihidangkan dalam mangkuk bersaiz kecil. Kandungannya hanyalah air panas yang ditabur dengan bawang goreng dan daun sup. Jadi rasanya tawaq habiaq.. ahha tiada unsur kemasinan garam mahupun kemasaman serta kepedasan... Maka? aku kisah hahaa..(baru buka kedai agaknya kedai ni)..
Aku kisah.. haha bermakna seperti aku mengambil berat atau aku berkira.. Hendak dijadikan kisah, mungkin anda tidak berkira apabila makan di kedai dengan memiliki duit yang banyak.. Makan tidak berkira Perkara ini hanya akan berlaku apabila gaji bulan lepas masih belum digunakan lagi akan tetapi gaji bulan ini sudah masuk..
Tetapi perkara ini menjadi satu masalah besar apabila kekurangan duit, ditambah dengan cas makanan yang tidak masuk akal. Kes Kedua, kedai ini boleh diberi pujian kerana nasi gorengnya boleh diterima. Sebelum tiba di gerai, rakan telah memberi amaran akan hidangannya sedap tetapi sedikit. Tidak menyalahkan rakan. Aku kisah sebab sup kosong yang ku minta dari gerai makan ini yang semangkuk kecil saiznya.Tanpa ada perikemanusiaan dicas 30sen? so 2 mangkuk 60sen... mangkuk sungguh.....kalu semangkuk besar hidangan tomyam cas 60sen tak ape jugak...( macam-macam cara orang nak cepat kaya)..Dimana? Di Montona,gerai makan di Pantai timur... maka apa yang boleh saya katakan Quote rakan... nak ke g kedai makan ni lagi? Jawapannya Sekalijelah~~~~ Read more...
Berita ini bukan sambungan dari gewe kelatey yang membuat cubaan bunuh diri, tetapi keazaman seorang tua di bulan Febuari di Norway. Amaran kanak-kanak jangan cuba ini di rumah. Bukan di rumah atau di mana-mana pun jangan-janganlah cuba. Dipanggil sebagai Professor Splash, Daren Taylor,50 telah terjun dari ketinggian 3 tingkat (36.2 kaki) ke kolam kanak-kanak yang berkedalaman kurang daripada 12 inch. Pelik tetapi benar tetapi inilah yang berlaku hanya untuk memecahkan rekod dunia dan menarik perhatian ramai.
Read more...
Membuat penyelidikan mengenai telur untuk meniliti proses pengeringan dan pembersihan, menemukan saya dengan uji kaji sains yang pernah dilakukan ketika di persekolahan. Trick/helah yang kerap dilakukan sebagai teknik persembahan magis yang sebenarnya anda mampu lakukannya sendiri..
Bagaimana ianya dilakukan ?? Mengapa ianya boleh terjadi sedemikian ???
- Teori Fizik iaitu Tekanan Udara -Pembakaran sejumlah Oksigen di dalam botol. Api memerlukan oksigen untuk pembakaran. (pembakaran telah melenyapkan molekul-molekul oksigen yang ada.)
-maka pada saat jumlah mol oksigen dalam botol berkurang, tekanan dalam botol pun akan turun.(menyebabkan tekanan udara dalam botol akan lebih rendah daripada tekanan udara luar.) -Kesannya, telur akan mendapat tekanan dari luar sehingga perlahan-lahan telur akan terlihat seolah-olah disedut masuk ke dalam botol.
Bagaimana Ingin Mengeluarkannya Semula?
-Konsepnya sama cuma Tekanan udara dari dalam botol memaksa ianya keluar semula. -Cara alternatif lain anda boleh juga meniup udara ke dalam botol.
Trivia: Tahukah anda seekor ayam betina mengambil masa 25 jam untuk mengeluarkan sebiji telur.. tetapi seekor ayam jantan, memaksa berekor2 ayam betina untuk bertelur... -_- Read more...
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.
sumber Kosmo
P/s: Gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. (Kesian .. bertindak di luar kewarasan yang membawa kemudaratan) Read more...
Jika Ada Lelaki Di Koc Wanita - kasiTamparhey >> LIKE
Video di atas jika aplikasi utube internet anda tidak di block. Anda akan dapat melihat tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak-pihak berwajib di Malaysia. Gejala lelaki memasuki kok pit merah jambu ( wanita) juga boleh dilihat disini. Cuma kehadiran mereka tidaklah seramai di India. Walaupun jelingan tajam dilakukan. Aduan daripada makcik, kakak, anak buah, sedara-mara menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap segelintir lelaki yang tidak endah bahawa kokpit tersebut adalah milik wanita. Apapun mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum sukar untuk dibendung. Maka mungkin ini yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita dimalaysia tanpa perlu menunggu pihak berwajib- Jeritkan saja perogol ada dalam kokpit ini!!!. beramai-ramai. Jika masih tidak diendahkan, tindakan >> kasiTamparhey boleh dilakukan.. =). Walaupun kadang-kadang kehadiran lelaki itu adalah suami yang menemani isterinya.- Harus difahami oleh wanita yang membawa lelaki yang ditemani itu, kokpit itu dikhaskan buat wanita. Bukan tertera kokpit untuk wanita pengecualian untuk lelaki suami@adiklelaki wanita yang ditemani...
Sempena Earth Hour yang tidak lama lagi akan tiba. Mungkin Gadjet ini sesuai untuk anda gunakan tatkala di dalam kegelapan untuk menambah keseronokan cahaya malam.Sebuah iklanmempromosikanLaforetGrandBazaryang dijualmusimsejukdiHarajuku(20-24Januari 2011)menampilkansekumpulanorangdenganLEDberkelip-kelipdengan nyalaan senyuman.Iklanberjudul"Geee/HarajukuLoveStory"-memanfaatkanteknologiyangdikendalikansecarawayarlesLEDMulutyangdibangunkanolehDaitoManabedanMotoiIshibashi. Apa yang boleh saya katakan inilah Cahaya Senyuman Harajuku. =)
Lelaki:Kitabolehmerealisasikannya.Sayaakanmelakukan yangterbaik. Wanita:Adakahawak akan datangutkmelihat saya jika merasakesepiandimalamhari, tanpa mengira apa? Lelaki:Sayaakanpergi segera. Saya akanterbang ke sana. Wanita:Mahukahawk datangdanmenjemputjika saya memanggil awkdari Gunung Everest? Lelaki:Sayaakanterbangkesanasegera. Wanita:Adakahawak akanmembawasupnabepanasjikasayamemintanya? Lelaki:Sayaakan.Saya akanmembawasesuatu yg tinggi nilainya. Wanita:Bagaimanajikasayamemintaawkuntukmengambil saya di bulan? Lelaki:Itumungkinsukar... Wanita:Itutidakcukupbaik. Lelaki:Tapisayaakanmembuatawkbahagia. Read more...
Ini sebuah lagi kenderaan yang menjadi tumpuan akan memasuki pasaran malaysia setelah keluar di Indonesia dengan nama Jupiter dan Thailand, Spark serta pelbagai nama lain lagi di Philiphine dan Vietnam seperti Exciter dan Sniper. Hong Leong dijangka akan melancarkan secara rasmi dalam masa terdekat. Jadi kepada sesiapa yang berniat ingin membeli motor. Tunggu dan bersabar ye... takut menyesal.. huhuuhu.( teringat member beli Lagenda keesokannye 135 lc keluar =p). Tertanya-tanya bila Hong Leong Yamaha nak bawa masuk x1R...
Berita terbaru menyatakan khabarnya pelancaran Myvi Baru 2011 ditangguh ke suatu tarikh diantara Julai-September 2011. Mungkinkah April adalah version biasa dan Julai-September version Special Edition? Dikhabarkan juga nama barunya ialah Perodua Myvi Extreame dengan 1.5 liter. Kepada sesiapa yang ingin membeli kereta bertahanlah anda untuk menunggu membelinya. Sama-sama kita nantikan =).
Perubahan iklim dunia dan putaran bumi mungkin akan sampai ke penghujung?
Tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004, kini kembali melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter.
Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan ke 5 terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.
Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.
Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.
“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.
“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.
“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.
Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.
Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkanputaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.
Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.
“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.
“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.
“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.
Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.
(Aishah) - Amalan Doa Perlindungan Diri (Perlindungan Langit Dan Bumi) HQ Audio
Solat itu tiang agama, tatkala solat pemakaian kita masih tidak sempurna. Solat atau tidak, seksinya masih ada. Mengapa mengadap Tuhan kita kadangkala tidak menjaga tertibnya. Jika lelaki tunggang terbaliknya berpakaian seperti ini menampakkan seksinya, sama juga keadaanya seperti wanita yg anda pernah lihat keadaan ini di luar sana.Yang nyata jelasnya menampakan alur Y (Generation "Y") atau getah spender... Lucu? tapi itulah hakikatnya. Peringatan dan renungan bersama ... renung-renungkan dan selamat beramal =)
Apabila terbaca artikel yang berbunyi tanda tanya membuatkan anda ingin mengetahuinya dengan lebih dalam.Setelah melihat video paparan kebolehan iPhone 4 di atas pasti anda seperti ingin cuba mendapatkannya. Kecanggihan dan kemajuan teknologi memungkinkan tiada apa yang mustahil. Sayangnya, paparan tersebut hanyalah sebahagian dari cara pengiklanan untuk menarik pembaca terjebak secara tidak sengaja mengetahui mengenai filem Limitless . Mungkin anda seperti tidak percaya atau mengatakan ianya lansung tidak berkait. Tetapi inilah realitinya sehingga kini video ini telah mencecah 1.6 juta penonton dan ianya sebenarnya promosi buat filem limitless. Sumber artikel ini didapati di yahoo movies. <<klik untuk berita sebenar. Secara teorinya.. video tidak berkait ini memang telah menarik orang ramai membacanya lalu membuka link sebenar untuk mengetahui apa yang terjadi. Ianya benar-benar berjaya bukan?? dan anda sedang membacanya =).
Read more...
Lidah bersimpul, mungkin ada yang mengaitkannya dengan lidah berbelit. Perihal manusia yang bercakap berdolak dalih tidak tetap pada jawapan dan sukar difahami. Tetapi istilah Lidah bersimpul hanyalah terjemahan terus dari "Tounge Twist " iaitu apabila anda menyebut huruf-hurufnya secara laju mampu mengakibatkan lidah anda tergeliat ( tipu je).. =b. Melihat bekas rakan sekerja ,Suhaimi Shohairi mengepostkan Lidah bersimpul ( Tounge Twist)di wall fb menarik perhatian saya untuk membacanya. Teringat ketika di zaman persekolahan apabila cikgu mengajarnya sebagai petua pembentukan bagi melembutkan lidah bertutur dalam bahasa Inggeris. Berikut adalah sebahagian darinya:
Anda hebat jika dapat menyebutnya dengan begitu laju dalam sebutan yang betul dan jelas.. =)
Di bawah ini pula adalah sebutan dalam bahasa melayu yang boleh anda gunakan untuk permainan menguji kecekapan lidah dan fikiran. =)
" Biawak Buaya Biawak Buaya ( 8x secara laju tanpa henti ) "
" Goyang Gawang Goyang Gawang ( 8x secara laju tanpa henti ) "
Contoh Sebutan
Akibat lidah terkehel...( jangan lihat jika anda ibu mengandung atau seorang kanak-kanak)
Jauh perjalanan luas pemandangan. Segala pengalaman adalah berharga buat setiap insan dalam belajar mengenal liku-liku kehidupan. Pedalaman itu memang satu halangan buat mereka yang tidak punya peluang untuk kehadapan. Tetapi keazaman dalam memperbaharui kehidupan adalah satu kemestian. Jika sewaktu dahulu ikan boleh dipukat pada bila-bila masa. Jika sewaktu dahulu padi ada didepan mata. Semuanya harus bermula semula kerana mereka bukan ditempat yang sama. Asing di bumi sendiri. Pindah di tempat baru bermakna mereka perlu mengatur langkah perjalanan. Tanah baru tidak semestinya subur untuk bertani, air bukit percuma dulu dinikmati mungkin kini tidak lagi.
Jika dahulu ia sekadar mengisi masa lapang , maka hasil kerja halus kini harus dijadikan sebagai sumber pendapatan. Tidak ramai anak muda kampung yang ingin ke universiti, cukup sekadar pengetahuan di tingkatan lima dan terus bekerja. Anak gadis menunggu masa si jejaka. Kurang kesedaran serta peluang menggenggam segulung kertas pengiktirafan yang begitu beharga. Andai ilmu itu dikejar, kemajuan bakal dikecapi tiada lagi penindasan dan penipuan jika kita berpengetahuan. Jika semuanya graduan universiti, mungkin ada mata tercelik memandang ke kawasan ini untuk diberikan bantuan. Mungkin ada yang menyangka mereka tidak tinggi pelajaran lalu tidak perlukan bantuan. Mereka miliki idea-idea bernas, miliki hasil kerja yang kreatif akan tetapi tidak punya saluran untuk pemasaran dan penambahbaikan demi kemudahan yang lebih. Hasil tanaman jika ada lebihan adalah satu masalah untuk dipasarkan ke pekan, maka cukuplah sekadar bercucuk tanam sebagai sumber makanan dan bukan sumber pendapatan.
Masalah pengangkutan dan kemudahan awam adalah penyakit utama. Andai tiada anak-anak mereka ke sekolah, mungkin juga bahasa adalah masalahnya. Boleh dikatakan kampung ini sunyi kerana hilang warganya berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya 5 keluarga. Uma nya banyak tapi tiada berpenghuni, menanti krismas kembalikan seri. Depan, belakang ,kiri dan kanan diliputi bukit bukau yang belum ditarah, hidung ini bersih dari ketulan hitam. Sekali sekala terdengar si kenyalang menjerit. Sungai rejang tersekat alirannya, ikan sumber makanan kian kurang. Keringit di sini sentiasa mengigit kaki dan tangan. Tiada nyamuk tetapi agas yang inginkan santapan.
Empangan berbilion ringgit perlu dilaksana demi menyalurkan 2400 wat tenaga ke semenanjung Malaysia. Jika di hulu sungai sana. Semuanya mesti berpindah ,jika tidak empangan yang menyekat 7 aliran sungai ini bakal meneggelamkan mereka sebesar negara Singapura pada 2010 (tarikh jangkaan siap, tetapi masih dalam pembinaan) . Mereka perlu dibantu bukan sekadar membiarkan mereka berteleku. Jangan nanti ada bangsa lain yang menindas mengaut keuntungan dari mereka, walhal kejadian itu telah pun bermula.
Enjin jenerator berbunyi hanya bertahan 5 jam sehari. ‘Jalan Jahat’ itulah kata mereka andai melalui jalan besar ke pekan yang kadangkala mereka gelar highway. Istilah mereka kadangkala sedikit berbeza dengan kemajuan di semenanjung. Jalan jahat merujuk kepada lobang-lobang sebesar 5 kaki persegi yang dalamnya separuh dari tayar bas. Lopak-lopak kolam ikan yang terbentuk kerana berkongsi laluan dengan lori balak yang melaluinya. Naik taraf jalan disana cukup sekadar dari lumpur atau tanah ditaburi dengan batu-batu bukan sehingga ke peringkat diturap. Mereka umpama merintih dibumi sendiri. Terperangkap jauh ke dalam. Hak dirampas..rintihan tidak didengar walaupun ada yang cuba-cuba menjerit-jerit dilaman forum. Pampasan yang diterima tidak sama dengan apa yang dikecapi sebelumnya. Sumber eletrik yang hanya dijana jenerator di malam hari, mampukah menyinari hidup mereka di hari mendatang…
P/s: Sehingga ke hari ini empangan masih belum siap sepenunhnya.. tetapi perkhabaran baiknya anak muda di sana telah mula masuk ke ipta melanjutkan pengajian. Artikal berkaitan Bakun Dam 1 dan 2
"Sekiranya kamu mendapati ada di kalangan kamu yang tergelincir berbuat kesalahan, betulkanlah dia, berdoalah untuk dia dan janganlah menolong syaitan ke atas dirinya (dengan menghina dan mencaci maki).” Saidina Umar Al Khattab
ayampenyek adalah blog berkaitan Info, Isu semasa, hiburan, teknologi, rekaan, seni, kesihatan, sukan, makanan, pandangan peribadi. Kebanyakan artikel adalah berkaitan design yang memberi inspirasi dalam memupuk budaya kreatif.
>> jika anda copy apa2 yg terkandung di dalam blog ini.. saya hanya minta kreditkan mengambil dari blog ini.. <<
Hubungi niqro923@yahoo.com untuk perkongsian hasil kerja/info kreatif dan pengiklanan.