rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Prabayar / Top Up - Cukai 6%

Cukai Tambah Nilai Prabayar 
& Pek Sim 6%
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 



p/s: Saya suka cukai..T_T.. Like like like... 8 lagi.. like like like.. sgt suke... yahuuu.. ^_^
"beli kat kedai 1msia mesti murah" - aman
"satu keje tmbh 60sen bek cas rm9.40.. byr rm 10 tak yah cari syiling" -aman



11 comments:

farz zull said... Reply To This Comment

haihhh...top up pun kena tax?? klau via online banking, tak kenala kan cukai2 ni...;P

*ok, just discover(ctrl+left click =new tab)...chooyy!

NURUL NADIAH MAMAT said... Reply To This Comment

kering la poket asyik kena bayar cukai.....like..like...like....

makin membebankan...

Naz said... Reply To This Comment

dugaan btul skarang ni kan.. T_T

an nyek said... Reply To This Comment

abis sume benda nak naik nk kene tax...ak pki tepon pondok kang...arghh!!! tensen

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

mentang2 org kita mmg kaki tepon, pandai tol depa naikkan tax..naseb2..

meaw said... Reply To This Comment

abih la duit rakyat,hoho......

Sheda Argos ツ said... Reply To This Comment

hohoho skit ati topup makin mhal sob3x kite x cumel tp comot kik3x

Kho Ara said... Reply To This Comment

adoiii...botak kpla =)

yusuflaili said... Reply To This Comment

Salam;
Yg aku hairan,mcm mana diaorang kata duit Malaysia makin tahun makin sikit ekonomi merosot dlm masa yg sama,kaut cukai tinggi sana sini,kastam,pdrm,jpj mana perginya hasil diaorang tu....pening7.

| cik azeya | said... Reply To This Comment

60 sen totap mahal!

>.<

Irma A.Wahid said... Reply To This Comment

taknak topap da lepas ni...hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...