Jom Makan di
Sate Ori, bertempat di daerah Marang, Terengganu. Di tepi jalan utama Marang ke Kuala Terengganu, tersergam sebesar-besar papan tanda " Sate Ori" di bangunan Mara Rusila. Telah bertapak sejak 2009 dan dalam tempoh sehingga 2011 pernah menukar nama restauran selama 6 bulan. Ramai yang menyangka restauran ini tutup dan telah ditukar pengurusan, kerana rasanya tidak seperti dahulu, akibat kekeliruan. Sate Ori mengambil keputusan untuk kekal dengan namanya. Kini Sate Ori boleh berbangga dengan namanya yang berlegar-legar di Terengganu, dan dengan itu sudah ramai yang berminat untuk menjadi Franchisor nya. Menghidangkan menu setnya yang terdiri dari pelbagai jenis sate iaitu ayam, daging, kambing dan rusa. Sate Ori, bukan sekadar sate kerana anda juga memiliki pilihan untuk menikmati rasa makanan barat ( western food), atau rasa selera siam juga rasa tempatan turut menawarkan steambot .
|
Kawasan selesa yang boleh menempatkan 200 penunjung dalam satu masa. |
Menu makanan
|
Sate bersama kuah kacang |
|
Kelapa Laut Lemon |
|
Laici Soda |
|
Double Chicken Chop - RM 17.90 |
|
Black Paper Sirloin Steak |
Hidangan makanan barat ini memiliki 3 pilihan sebagai sampingan sama ada mahukan french fries, coleslaw,mesh potatoes, baked beans atau salad . Amat berminat dengan rasa kentang lenyeknya sesedap rasa. Agak berbaloi Double Chicken Chopnya ^_^ . Tempat makan sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dalam angin segar malam . =) . Apa yang dimaklumkan pemilik, daging lamb chop diimport dari Australia.
p/s: rasa nk rasa semua.... lama x review makanan teliur plak, tengok gambar .. :)
8 comments:
dasat laa, teringin chicken chop tu ^^
lama x makan sate..skali tengok sate ni rasa lapar plak..nak gi tganu jauh sgt, so makan sate sini pn bley lar.. :)
http://inblog2share.blogspot.com/
air kelapa lemon tu nmpak cam sedap..kat kajang ni ada ker?
2009??
laaa.. nape x penah nampak ha?
alaaaa.. nak mencoba laa..
sedapnye nmpk..
=______="
sedap nya sate...tetiba jadik lapar..huhu
kalao kat kuantan ni ada satay zul....tpi lom penah test lagi...carik yg murah2 je
astagfirullah hal azim..kenapa kamu tunjuk..kenapaaaaa...hahaha
Ada lg dok ?
Post a Comment