rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Nasib Toyota, Perodua dan Proton


Berulang kali memikirkan perlukah menulis entri ini, takut menjadi penyebab utama kejatuhan, atau kenaikan jenama di pasaran. Mungkin ada yang boleh menduga, tidak kurang yang tertanya-tanya apakah kaitan mereka. Toyota kini mungkin jatuh ke tempat ke 3 sebagai peneraju pengeluar kenderaan di belakang General Motors (GM) dan Volkswagen ekoran dari bencana gempa bumi dan krisi nuklear di Jepun. Toyota mula merampas takhta dari GM sejak 2008 dan menerajui pasaran global. Berdasarkan pemerhatian dari penganalisis bisnes.
 Dijangka GM mencatatkan pengeluaran sekitar 8 juta tahun ini, diikuti Volkswagen  sekitar 7 juta dan Toyota 6.3 juta unit. 
Kejatuhan pengeluaran Jepun gangguan di beberapa negara selain Jepun, Eropah, Amerika Utara dan terutamanya Asia disebabkan kekurangan bekalan bahagian kenderaan (spare part). Analisa ini adalah dari berita Reuters. Walaupun pernah suatu ketika dahulu Toyota dan beberapa pengeluar kenderaan ternama dari matahari tebit itu dikaitkan dengan masalah alat ganti, yang seolah dirancang kerana merampas kedudukan pengeluar kenderaan dari teknologi barat. Kini bencana alam adalah penyebab utama. Mereka hanya mampu merancang tuhan menentukan.

Pengantungan Perodua terhadap Toyota / Daihatsu sekaligus berkait. Beberapa teknologinya adalah dari Toyota dan kuasa saham sebahagiannya juga adalah milik syarikat Jepun. Tidak mustahil pasaran Perodua tahun ini dijangka merosot. Proton tampil dengan berani menyatakan akan merampas semula peneraju  pasaran Malaysia yang telah dirampas Myvi sejak 5 tahun lalu di bawah Perodua.  Sokongan dari kualti yang semakin baik dan positif, jaminan masalah power window, proses penghantaran yg lebih efsion janji mereka. Saga kini mendapat purata jualan 7,000 sebulan manakala Persona 3,800 ke 4,000 sebulan dan jualan menggalakkan Inspira 1,000 sebulan. Analisa dari Berita Harian serta kata-kata dari Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abd Hamid mengenai jumlah jualan kenderaan Proton. Perodua mungkin ada strategi lain yang membuatkan rakyat Malaysia ternanti-nanti pelancaran Myvi baru 2011. Sambil Proton bersedia dengan Exora edisi baru, serta Persona -R yang dijangka seakan hampir dengan model Proton Tuah di KL Motoshow 2010/2011. Manakala kenderan dari negara barat seperti Peugeot, Ford, Volkswagen, Chevrolet ( GM) dan lain-lain, mula mendapat kepercayaan yang memang diyakini kualiti enjin dan prestasinya.

p/s: untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. adat berniaga =).. ini hanyalah analisa belum terjadi ia hanyalah andaian berdasarkan pemerhatian dan sumber berita.

Read more...

MASKOT KARISMA 2003 UITM KEDAH

Disertakan bersama hasil kerja tangan pelajar semester 3 tahun 2003 UiTM Kedah. Hasil kerja tangan yang menggunakan peruntukan ratusan duit sendiri.. Kerja kumpulan seramai 5 ke 6 orang. Mereka merupakan pelajar kemasukan pertama diploma cawangan UiTM Kedah jurusan Seni Reka Perindustrian (Industrial Design). yang sebelum ini bertapak di UiTM Shah Alam. Menghasilkan maskot untuk kejohanan karnival sukan mahasiswa ( Karisma UiTM Kedah 2003).

Burung Kakak Tua ( Old sister Bird..hahaaa =P) - Cuckatoo

Flamingo

Katak / Frog

Helang / Eagle

Merpati Sejoli

Beruang

Burung Hantu

Cikyam bersama bekas Ketua Program
p/s: mana yang anda rasa paling menarik?? hehee

Read more...

Couple yang sempoi!!

sempoi dan bersahaja betul hahhahaa... xde bahan baru.. sedang mencari... sory pembaca..arghhh iklan sahaja yg ada.. =P

Read more...

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah


KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Sumber Berita Harian. 

p/s: dah lama tak makan nasi lemak..  =P

Read more...

18 Iklan Bas Menarik (3)

Penggunaan item di bas seperti pintu dan tayar bas digunakan sebaiknya dalam membantu menyampaikan atau menonjolkan perhatian untuk melihat bas tersebut. Sambungan dari Iklan-iklan bas bahagian 1 dan bahagian 2.

Pintu Bas





Tayar Bas













p/s: kenapa van sekolah dipanggil bas seoklah?? =P

Read more...

Mari Mengundi Saya ^_^

Assalammualaikum, dengan ini saya amat memerlukan bantuan anda semua pembaca blog  yang setia. hahhaa.. Saya ingin meraih undi anda semua.. maka disebabkan tiada modal untuk entry.. saya telah terjebak dengan pertandigan anjuran Digi.. Oleh hal yang demikian.. sebagai galakan dan dorongan untuk saya terus mencari artikel berguna untuk anda dan semua. (haha ayat pancing undi..). Justeru itu, saya amat memerlukan undian anda..Apa yang anda perlu lakukan ialah...

1.Anda clik pada simbol Digi di bahagian bawah ini.

2.Apabila telah masuk link tersebut, anda klik login pada sudut atas sebelah kiri.

3.Setelah login. Pergi semula ke bahagian bawah gambar / artikel untuk undi.

4. Masukkan captcha word dan clik vote.

5. Ulangi proses ini untuk ketiga-tiga kategori. Undi setiap hari.. =)

6. Terima kasih atas undian anda. ^_^


p/s: hanya Tuhan dapat membalas jasamu.. mekasih =)

Read more...

14 Iklan Bas Menarik (2)

Penggunaan permukaan ruangan yang ada pada bas dimanfaatkan dengan baik. Menjadi medium iklan bergerak yang akan diperhatikan sekitar kawasan bas beroperasi.











 



p/s: teringat hilang beg naik bas, masa nak pergi interview... =P

Read more...

12 Iklan Bas Menarik (1)

Iklan-iklan menarik meransang kreativiti pemikiran. Sayangnya tiada iklan sekreatif ini ada di Malaysia. Amat berharap iklan kreatif sebegini muncul di sini. Selain menarik pandangan mata, ianya mengingatkan penonton mengenai Jenama yang mengiklankannya.

Iklan depan, belakang dan tepi











p/s: ada terlepas satu pandangan depan.. =P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...